Nuffnang

Ahad, 9 Februari 2014

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nubhan</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2014 11:03 PM PST


Rahsiakan Identiti GF, <b>Nubhan</b> Nafi Ikut Jejak Aeril | Sensasi Selebriti

Posted: 17 Oct 2013 05:10 AM PDT

1

Rahsiakan Identiti GF, Nubhan Nafi Ikut Jejak Aeril| Dalam pada penyanyi Nubhan Ahamad merahsiakan nama dan identiti kekasihnya, ada pula pihak yang cuba membongkar rahsia itu dengan melemparkan tuduhan bahawa wanita yang berjaya menambat hati Nubhan adalah Hidayah Taufik.

Bagaimanapun, Nubhan yang kini sibuk sebagai usahawan kosmetik masih tidak mahu mendedahkan nama sebenar kekasihnya itu demi menghormati permintaan keluarga.

"Buat masa sekarang ini, Nubhan tidak akan mendedahkan lagi siapa sebenarnya wanita itu. Nubhan juga tidak akan sebut dan mengaitkan nama wanita yang dimaksudkan itu.

"Semua manusia dicipta untuk berpasangan. Nubhan tahu, hidup sebagai selebriti, banyak perkara yang perlu dikongsikan bersama peminat. Namun, ada juga perkara yang tidak boleh didedahkan Nubhan.

"Nubhan tidak akan sebut namanya kerana ia secara tidak langsung boleh mendatangkan masalah kepada dia dan keluarganya. Nubhan tidak mahu dia menjadi mangsa keadaan dengan kehidupan Nubhan sebagai selebriti," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Nubhan menolak dakwaan yang mengatakan tindakan merahsiakan identiti teman wanitanya ibarat dia mengikut jejak langkah pelakon Aeril Zafrildan Wawa Zainal.

"Nubhan tidak akan buat perkara sebegitu. Setiap insan berbeza. Kita tidak boleh samakan semua selebriti menjalani kehidupan yang sama. Kita pun kena fahami situasi yang mereka lalui.

"Terus-terang, setakat ini Nubhan tidak buat perkara yang membelakang keluarga dan peminat. Lagi pun, Nubhan masih belum lagi nak berkahwin. Walaupun belum berkahwin, Nubhan masih perlu tahu menjalani kehidupan yang tidak menyusahkan pelbagai pihak.

"Nubhan hanya berharap hubungan ini adalah hubungan yang terbaik dan bertemu kebahagian," jelasnya.

Apa sekalipun, Nubhan secara terbuka tidak boleh menghalang pihak yang cuba membongkar rahsia hubungan mereka.

"Kalau ada orang nak bongkar, Nubhan tidak boleh halang. Nubhan tidak kisah asalkan ia tidak menyusahkan dan mendatangkan kemudaratan bagi pihak orang itusendiri.

"Kepada peminat Nubhan, doakanlah yang terbaik. Bagi Nubhan, tiada faedah untuk Nubhan menafikan status Nubhan. Namun, tidak semua benda boleh Nubhan kongsikan.

"Yang penting, kita perlu respek sesama sendiri dan Nubhan mahu semua pihak hormati keputusan Nubhan ini," ujarnya.-murai-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan