Nuffnang

Ahad, 9 Februari 2014

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


Foto : <b>Mizz Nina</b> Seronok Ke Tanah Suci Sekali Lagi | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2014 04:00 PM PST

Foto : Mizz Nina Seronok Ke Tanah Suci Sekali Lagi

Dalam diam sebenarnya ramai yang kagum dengan pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah berhijrah ke arah kebaikan sedikit demi sedikit.

Jika ada yang masih ingat, Mizz Nina mula mengenakan tudung kepala sebaik pulang dari menunaikan Haji pada bulan Oktober tahun lepas.

Meskipun belum sampai setahun pulang dari beribadat di Tanah Suci, Noh dan Nina sekali lagi dipanggil ke sana namun kali ini untuk mengerjakan umrah.

Pasangan ini mula berangkat ke Jeddah beberapa hari selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-28 diadakan yang mana Noh juga merupakan salah seorang calon bertanding.

Tidak hanya pergi berdua, pasangan romantis ini dipercayai turut ditemani oleh ahli keluarga Noh termasuklah ibu dan ayahnya.

Foto : Mizz Nina Seronok Ke Tanah Suci Sekali Lagi

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Nina di laman Instagram miliknya, ternyata anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim ini cukup seronok apabila berpeluang menjejakkan kaki sekali lagi ke Makkah dan Madinah yang dirinduinya.

Bagaimanapun selebriti ini difahamkan telahpun selamat pulang ke tanah air semalam. Buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Nina sewaktu mereka mengerjakan umrah di bawah ini.

Kredit foto: Instagram Mizz Nina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan