Farid Kamil - Google Blog Search |
Anak Saya Tetap Eksklusif - <b>Farid Kamil</b> | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 15 Jan 2014 08:59 PM PST Sebelum ini pasangan selebriti, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle enggan terlalu mendedahkan anak sulung mereka kerana ingin menjaga eksklusiviti yang dipersetujui dengan pihak Astro. Namun sejak beberapa hari lepas, terdapat sebuah akaun Instagram dan Twitter yang dibuka khas atas nama anak mereka, Muhammad. Kewujudan akaun laman sosial tersebut sedikit sebanyak membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada Farid dan Diana sudah bersedia untuk memperkenalkan anak mereka atau Muhammad tidak lagi eksklusif?
Selain daripada menerima baik kewujudan akaun tersebut, Farid juga menjelaskan ianya mampu membantu mereka mengabadikan detik-detik anaknya menjalani proses pembesaran dari hari ke hari. Akaun Instagram milik anak Farid dan Diana Beralih kepada soal majlis aqiqah yang telah dicanang sejak tahun lepas, Farid yang ditemui sewaktu hadir menemani Diana di majlis pra-tonton filem Kami Histeria malam semalam memberitahu majlis itu akan tetap diadakan cuma tarikhnya belum ditetapkan.
Menurut Diana pula, dia lebih selesa untuk mempelajari Al-Quran dengan cara tidak terlalu tergesa-gesa supaya dapat memahami dan menghayatinya.
Menyentuh soal kerjaya pula, Diana kini lebih selesa menjaga anaknya sepenuh masa tanpa terikat dengan jadual lakonan.
Namun begitu, pelakon cantik ini akan membuat kemunculan semula di dalam industri lakonan sejak berkahwin menerusi filem berjudul Kami Histeria. Filem arahan Shamyl Othman bergenre komedi seram ini akan menemui para peminat di pawagam berdekatan pada 6 Februari 2014. |
You are subscribed to email updates from Farid Kamil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan