Nuffnang

Isnin, 3 Februari 2014

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Maya Karin</b> Sedang Bercinta - Gua.com.my

Posted: 27 Jan 2014 08:00 AM PST

Maya Karin, 35, mengakui sedang menjalin hubungan dengan seseorang ketika ini. Namun, pelakon dan penyanyi ini enggan mendedahkan identiti lelaki terbabit.

"Kami sudah berkawan selama enam bulan. Dia bukan orang dalam industri. Cukuplah sekadar berkongsi setakat itu. Saya tak dapat dedahkan lebih lanjut," ujar Maya ketika ditemui di Majlis Tayangan Eksklusif Filem 'Sejoli' bersama pelajar Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Maya turut mendedahkan dia sudah terfikir untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya (perkahwinan), namun hal itu mungkin mengambil masa yang lebih lama.

"Sampai bila nak 'single'. Memang ada terfikir untuk berkahwin tapi bukan dalam masa terdekat ni. Tahun 2014 adalah tahun bekerja untuk saya," ujar Maya yang kelihatan semakin berseri.

Dalam perkembangan lain, Maya sedang sibuk menjalani rangka promosi filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, 'Sejoli'. Maya digandingkan dengan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Remy Ishak dan Izzara Aishah dalam filem komedi romantik arahan Osman Ali ini.

"Saya memegang watak Gina di mana dia merupakan seorang yang cemerkap. Saya seronok berkerja dengan seluruh produksi ini walaupun saya terpaksa belajar menunggang motor dan merempuh kedai buah," ujar Maya.

Kongsi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 dan ke-25 ini lagi, dia teringin merangkul anugerah yang sama sekali lagi.

"Saya ada tiga buah filem lagi yang masih belum ditayangkan. Harap filem-filem itu boleh ditayangkan pada tahun ini sebab saya teringin nak menang kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM sekali lagi," ujar Maya berseloroh.

Filem-filem yang dimaksudkan oleh Maya ialah 'Juanita', 'Lagenda Budak Setan 3' dan 'Nota'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan