Nuffnang

Isnin, 3 Februari 2014

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Ini Last Warning - <b>Sharnaaz Ahmad</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 28 Nov 2013 08:47 PM PST

Ini Last Warning   Sharnaaz Ahmad

"Sesiapa yg kaitkan aku dgn Shila atau Johan, aku block dan korang boleh blah.. Harap berita faham, kalau tak faham mai sini gua hammer."

Inilah antara kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Sharnaaz Ahmad dilaman Twitter-nya ekoran kontroversi yang melanda Johan As'ari, Lana Nordin dan Shila Amzah.

Kontroversi ini yang kecoh semalam sedikit sebanyak telah membabitkan nama Sharnaaz Ahmad kerana Johan sebelum ini pernah digosipkan bersama Shila.

Dan sebelum itu, Shila pernah dikaitkan bersama Sharnaaz. Nampaknya peminat masih belum boleh melupakan Sharnaaz Ahmad, kan?

Rentetan daripada itu, nama Sharnaaz turut terkena tempias sehingga membuatkan pelakon berbakat ini berang.

Menerusi laman Instagram miliknya, Sharnaaz dilihat memuatnaik sekeping foto yang mengandungi kenyataan berbaur amaran kepada pengguna laman sosial.

Ini Last Warning   Sharnaaz Ahmad

Antara amaran yang dinyatakan oleh Sharnaaz

Pelakon filem Juvana itu turut menegaskan kepada para pengguna Instagram agar memahami situasinya untuk tidak mengaitkan namanya lagi.

Melalui perkongsian foto ini, para pengikut laman sosial aktor tersebut telah memberi beberapa respon positif disamping menyuruh pelakon tersebut untuk menenangkan diri.

Sebagai rujukan, hubungan cinta antara Sharnaaz dan Shila Amzah beberapa bulan lepas terputus ditengah jalan setelah masing-masing mengambil kata sepakat untuk berpisah dengan cara baik.

Jangan Kaitkan Aku Dengan Shila Atau Johan – <b>Sharnaaz Ahmad</b> |

Posted: 28 Nov 2013 11:18 PM PST


Bila ada cerita mengenai Shila Amzah, pasti nama Sharnaaz Ahmad akan terpalit jua. Walaupun sudah lama mereka berdua putus cinta, orang ramai masih tidak mampu untuk membuang perhubungan mereka. Kalau Abang Nara jadi Sharnaaz, panas hati la jugak. Diri sendiri dah move on, tetapi orang lain sibuk nak bertanya-tanya lagi.

sharnaaz

Terbaru apabila Johan As'ari memilih Lana Nordin dan bukannya Shila Amzah, banyak pihak yang "berbaik hati" menyampaikan kisah tersebut kepada Sharnaaz menerusi Twitter. Bengang dengan tindakan pihak tersebut, Sharnaaz mengeluarkan amaran seperti di bawah:-

sharnaaz

Terdahulu menerusi MalaysianDigest, Sharnaaz sempat memberikan nasihat kepada Shila. Kata Sharnaaz:-

Kalau nak kata karma…, saya pernah muat naik ayat di instagram saya dulu, "Karma takes too long, I'd rather just beat the crap out of you now.

Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi tadi (semalam).

Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh ker terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin hari dia (Shila).

Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain

sharnaaz

Abang Nara tak berapa faham metafora "batu hitam jadi putih" yang diguna oleh Sharnaaz. Orang seni memang lain macam sikit bahasa mereka. Kepada Shila, ikutilah nasihat Sharnaaz. Dah bukan jodoh anda dengan Johan. Tak perlu rasanya nak luahkan perasaan kecewa, marah dan hampa menerusi laman sosial. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan