Adi Putra - Google Blog Search |
Berlakon Dengan <b>Adi Putra</b>, Aaron Aziz Tak Timbul Pula Isu <b>...</b> Posted: 27 Mar 2014 01:18 AM PDT Ya memang susah menjadi seorang pelakon lebih-lebih lagi sekiranya anda sudah berumah tangga. Kalau ada pelakon wanita yang cantik dan berlakon babak romantis dengan si suami, sedikit sebanyak pastinya si isteri akan cemburu. Kemungkinan besar lakonan Anzalna begitu ketika membawa watak sebagai seorang perempuan simpanan sehingga telah timbul desas-desus isteri Izzue Islam, Awin Nurin cemburu melihat keintiman mereka berdua. Walaupun sebelum ini Awin Nurin telah tampil dan menafikan dakwaan cemburu tidak bertempat itu, ketidakhadiran Izzue Islam pada majlis pelancaran drama bersiri Aku Isterinya awal minggu ini menguatkan kembali desas-desus tersebut. Selaku seorang pelakon, Anzalna tidak menafikan dan kelihatan seolah-olah mengiyakan persengketaan yang timbul. Kata Anzalna menerusi Kosmo:-
Pedas juga kata-kata Anzalna itu bukan? Seperti yang kita tahu, sebelum ini Anzalna telah banyak berlakon dengan pelakon lelaki lain yang sudah berumah tangga, namun tidak pernah timbul isu sebegini. Kata Anzalna lagi:-
Sebagai seorang isteri kepada pelakon, Awin Nurin seharusnya memahami tanggungjawab suaminya. Mungkin lain kali boleh baca skrip terlebih dahulu dan kalau ada adegan romantik yang melampau, boleh terus tolak tawaran tersebut. Hati pun pasti akan lebih tenang dan tidak terganggu emosi. Harap-harap jangan kerana persengketaan ini akan timbul masalah menyelesaikan baki penggambaran yang dijadualkan berlangsung di Perth, Australia tidak lama lagi. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan