Nuffnang

Ahad, 30 Mac 2014

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Faizal Hussein</b> Jawab Isu Sombong - Gua.com.my

Posted: 24 Mar 2014 09:00 AM PDT

"Saya memang suka mengasingkan diri kerana itu adalah cara saya ketika berada di set penggambaran," kata pelakon berbakat besar, Faizal Hussein ketika mengulas mengenai tanggapan segelintir pihak yang menganggap dirinya sombong ketika berada di sesebuah lokasi penggambaran.

"Bukannya saya tidak suka bercampur atau bergaul dengan orang, namun saya memang jenis yang suka menyendiri. Saya tidak gemar duduk berkumpul di bilik persalinan beramai-ramai dan lebih suka duduk di dalam kereta bagi memberi tumpuan terhadap watak dan skrip saya," jelas pelakon drama 'Jiwa' ini ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat bagi filem terbaru lakonannya, 'Gudang Kubur' di Wisma Metrowealth baru-baru ini.

Ketika ditemui, hero filem 'Gila-Gila Remaja' ini turut berkongsi mengenai pengalamannya yang sudah berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri seni tempatan. Menurut Faizal, dia sudah berhadapan dengan pelbagai masalah dalam industri termasuklah artis datang lewat ke lokasi penggambaran. Walau bagaimanapun, dia mengakui tidak marah dengan sikap tidak berdisiplin artis tersebut dan sentiasa berfikiran positif.

"Saya selalu mengikuti isu yang melanda dalam industri, malah saya sendiri pernah berhadapan dengan artis yang datang lewat lebih dari tiga jam. Bukan itu saja, saya juga pernah tunggu sehingga lapan jam sebelum penggambaran bermula. Namun, saya memilih untuk tidak marah kerana kalau terlalu bersikap profesional pun tak bagus juga.

Lagipun, buat apa nak marah sebab nanti kita akan jumpa balik orang yang sama. Saya mengamalkan konsep untuk senang bekerja dengan semua orang. Saya tak pernah ada masalah dengan pelakon lain kerana saya sendiri memang tak akan datang lambat sebab tak mahu susahkan orang. Biarlah mereka nak lambat, namun kalau ia melebihi waktu penggambaran, penerbitlah yang akan pening sebab mereka perlu membayar lebih kepada saya," gurau Faizal mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan