Nuffnang

Ahad, 30 Mac 2014

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Dato&#39; <b>Rosyam Nor</b> Jadi Penyampai Hot FM - Gua.com.my

Posted: 10 Feb 2014 09:23 AM PST

Memasuki ulang tahun kelapan, stesen radio paling hangat, Hot FM membawakan pembaharuan dengan menampilkan pelakon tersohor, Dato' Rosyam Nor selaku penyampai mereka.

"Satu segmen mingguan bersama 'Doktor R' akan mula bersiaran setiap Rabu, jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan segmen itu menampilkan Rosyam sebagai 'Doktor R'. Dalam segmen tersebut, 'Doktor R' akan menjawab pelbagai permasalahan dari segi cinta, kewangan dan sebagainya," ujar Anida Mohd Tahrim selaku Pengurus Besar Kumpulan, Rangkaian Radio Media Prima ketika ditemui di Majlis Kesyukuran Hot FM di Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Anida, segmen ini sangat menarik kerana ianya tidak dirancang. Pada mulanya, Rosyam datang mempromosikan filem lakonannya, 'Balistik' di Hot FM AM Krew. Cara Rosyam menyelesaikan masalah agak tegas, pada masa yang sama, kelakar. Pendengar setia Hot FM boleh menghubungi 'Doktor R' untuk mengemukakan sebarang soalan.

Selain itu, penyampai Hot FM Kelantan, Fizie bakal bergandingan bersama Fara Fauzana dan AG dalam memeriahkan lagi kehangatn Hot FM AM Krew. Mula bertugas pada 10 Februari, Fizie telah menjalani sesi percubaan selama hampir tiga bulan.

Pemenang program realiti 'Projek Metro', Khairu Norliza Khairudin atau Liza diberi tanggungjawab untuk bergandingan bersama Ikhwan dan Kieran untuk mengendalikan segmen Hot FM Jam. Liza memberikan suntikan baru dan segar kepada segmen itu. Liza telah mula bertugas pada 6 Januari lalu.

"Satu segmen baru iaitu 'Diva @ AM Krew' akan menampilkan dua orang pelakon berbakat besar masa kini iaitu Sherry Alhadad dan Zulin Aziz. Bergandingan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 pagi dan ulangannya pada 9.00 pagi, mereka berdua bakal membincangkan pelbagai topik untuk menghiburkan pendengar Hot FM," ujar Anida lagi.

Tambah Anida, dalam menyumbang kembali kepada industri hiburan, Hot FM membuka ruang kepada penyanyi dan komposer amatur di luar sana yang mempunyai aspirasi untuk berjaya dalam industri muzik tempatan. Kempen yang diberi nama 'Projek EP' ini bakal mempromosikan dan memberi platform komersil untuk pemenangnya kelak. Kempen ini bakal dinilai oleh penggubah dan produser muzik terkemuka, AG Coco.

"Two Souls Become One": Datuk <b>Rosyam Nor</b> kini penyampai radio <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 04:30 PM PST

Agak memeranjatkan bila Anum terbaca berita ini. Difahamkan pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor kini bergelar penyampai radio untuk stesen radio Hot FM.
Rosyam akan mengendalikan segmen Doktor R yang dijadualkan akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Segmen tersebut akan memberikan penyelesaian terhadap masalah oleh pendengar daripada pelbagai aspek antaranya percintaan, kewangan dan lain-lain
Rosyam juga bakal digandingkan dengan dua pelakon, Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz di dalam segmen Diva @ AM Krew yang keudara setiap hari Isnin hingga Jumaat pada 7.00 pagi.
Kepada sesiapa yang ternanti-nanti gaya "Hero Otai" sebagai penyampai radio, jangan lupa nantikan Rosyam di corong radio anda. Gurau sahaja ya, jangan ambil hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan