Nuffnang

Ahad, 23 Mac 2014

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


ISU SIKAP PILIH BULU <b>AQASHA</b> DENGAN PELAKON BARU

Posted: 14 Jan 2014 03:15 AM PST

AQASHA AMAL SIKAP PILIH BULU DENGAN PELAKON BAHARU | Kebolehan aktor ini dalam menjayakan wataknya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Ini kerana Aqasha juga dikenali sebagai salah seorang pelakon yang sangat menjiwai watak yang diberikan, berilah apa sahaja watak, pasti akan dijayakan dengan penuh cemerlang.
Namun, jika dilihat kebelakangan ini, kelibatnya di kaca tv sudah semakin berkurangan.
Menjawab perkara itu, Aqasha berkata kepada mStar yang kini dia mengamalkan sikap pilih bulu terhadap pelakon wanita baharu yang ingin digandingkan bersamanya pada masa hadapan.
Tindakan pelakon berusia 32 tahun ini bukan bermaksud dia mempertikaikan bakat pelakon-pelakon baharu, sebaliknya disebabkan faktor usianya yang semakin matang.
"Keadaan fizikal saya sudah berubah dan lebih matang berbanding 10 tahun dahulu. Sebab itu, saya agak memilih kerana tidak mahu ia nampak janggal sekiranya digandingkan dengan pelakon yang jauh lebih muda daripada saya," jelasnya.
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga mendedahkan dia enggan lagi berlakon dalam drama bertemakan cinta dan ingin memberikan fokus kepada genre drama berbeza selepas ini untuk mempelbagaikan lagi variasi watak yang boleh dijayakannya.
Dalam pada itu, Aqasha kini sibuk mengusahakan syarikat produksinya sendiri bersama rakan kongsi, Syed Hussein dan Zain Hamid iaitu Camwerk Studios.
Mereka bakal menerbitkan filem terbaharu berjudul Penculikan Amar Affendi yang akan dibintangi oleh Maya Karin, Zain Hamid, Sofi Jikan dan Nam Ron.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
Supplement Terbaik Untuk Kesihatan dan Kecantikan Anda Disamping Menjana Pendapatan!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan