Nuffnang

Ahad, 23 Mac 2014

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Pas Eksklusif ke Showcase <b>Maya Karin</b> - Gua.com.my

Posted: 17 Mar 2014 08:36 PM PDT

Maya Karin bakal melancarkan album terbarunya berjudul 'Teka-Teki' pada 1 April ini. Sempena dengan pelancaran itu, Maya Karin turut merencanakan sebuah showcase bagi menghiburkan peminat showcase pada hari tersebut.

Lebih kurang enam buah lagu bakal disampaikan oleh penyanyi ini yang diiringi dengan 'live band'. Ketika ini Maya sibuk dengan persiapan untuk memastikan showcasenyaberjalan dengan lancar. Menurut Warner Music Malaysia, Maya berasa amat teruja kerana ini merupakan kali pertama dia mengadakan persembahan di hadapan peminat-peminatnya.

Untuk menjayakan lagi showcase ini, pihak Warner Music Malaysia akan memberi peluang kepada peminat-peminat setia Maya Karin atau lebih dikenali sebagai Maya Karin Back Bone di mana lima pemenang bertuah bakal memenangi dua pas eksklusif untuk menyaksikan sendiri showcase Maya Karin! Jadi, pastikan anda ikuti langkah-langkah yang telah disediakan. Tunggu apa lagi, jom sertai peraduan ini sekarang!!

Selain daripada itu, album 'Teka-Teki' Maya Karin juga mengandungi peraduan 'Cover Album' di mana anda boleh berkongsi idea menarik dengan menghantar 'Cover Album' versi anda sendiri. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah menarik menanti anda! Jika ingin tahu cara-cara untuk menyertai peraduan 'Cover Album' ini, bolehlah dapatkan album ini di pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan