Nuffnang

Jumaat, 7 Mac 2014

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


"Saya Tak Mahu Jadi The Next Anuar Zain" - <b>Arja Lee</b> - Gua.com.my

Posted: 27 Feb 2014 08:22 AM PST

Pelakon watak Ramzul dalam drama bersiri 'Ariana Rose', Arja Lee menitiskan air mata ketika pelancaran single pertama nyanyian, 'Cerita Pada Mereka'. Lagu tersebut merupakan single pertama nyanyian Arja yang dicipta sepenuhnya oleh Keroz Nazri. Manakala muziknya disusun oleh Alfa Booty.

"Saya paling rapat dengan ibu saya. Ini merupakan sesuatu yang saya dedikasikan untuk dia. Saya bangga kerana akhirnya dapat mengeluarkan single ini hasil titik peluh saya walaupun ibu saya kini berada di alam sana. Saya sangat sedih kerana dia tiada di sini untuk menyaksikan hari bersejarah buat saya. Saya hanya dapat bayangkan dia ada di sini menyaksikan saya melancarkan single ini," ujar Arja dalam nada sebak ketika ditemui di majlis pelancaran single pertamanya di Lambang Sari, Istana Budaya pada Rabu.

Arja sudah lama bertapak dalam industri hiburan tempatan menerusi pementasan teater, filem dan juga drama, namun kini barulah dia ingin melancarkan lagu pertamanya. Mengapakah baru sekarang Arja tampil dengan single?

"Saya sudah banyak kali mencuba dalam bidang nyanyian. Dahulu saya pernah menyertai program realiti nyanyian seperti Audition (ntv7), Gangstarz (TV3) dan saya juga dua kali mencuba nasib di Akademi Fantasia (musim keenam dan kesepuluh). Saya akui, nyanyian adalah impian terbesar saya. Tapi, rezeki berlakon datang dulu. Sekarang saya rasakan masanya sangat sesuai untuk saya lancarkan single ini kerana drama 'Ariana Rose' baru sahaja tamat dan drama itu turut memberi impak besar kepada saya," kata Arja lagi.

Pelakon watak Dr. Aaron dalam drama bersiri 'Misiku Kuza' ini juga menjawab mengenai kata-kata orang yang membandingkan dirinya dengan penyanyi tersohor, Anuar Zain.

"Saya akui, orang bandingkan dari awal lagi. Keroz Nazri dan Alfa Booty juga bertanya kepada saya sebelum saya merakamkan single ini, adakah saya tidak takut jika dibandingkan dengan Anuar kelak? Tapi semuanya berubah setelah saya merakamkan single ini. Saya harap orang akan dapat menilai sendiri selepas ini. Saya tidak mahu jadi 'the next Anuar Zain'. Saya mahu jadi diri sendiri. Saya kagum dengan Anuar kerana dia seorang penyanyi yang sangat hebat. Namun apabila ada yang melakukan perbandingan, sebenarnya kami merupakan orang yang berbeza," ujar Arja mengakhiri perbualan.

<b>Arja Lee</b> Mengaku Sukakan Pelakon Baharu | MyArtis - Mynewshub <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 07:14 PM PST

PELAKON dan penyanyi Arja Lee mendedahkan sedang berkawan rapat dengan aktres Shima Anuar seperti mana digembar-gemburkan sebelum ini.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, berkata, mereka telah berkenalan sejak setahun lalu dan dia mengaku menyukai wanita berkenaan.

"Benar kami sedang berkawan rapat dan saya menyukai dia malah yakin dia juga mempunyai perasaan sama terhadap saya.

"Bagaimanapun saya tidak berani untuk mengatakan kami bercinta tetapi dia adalah wanita yang rapat dengan saya ketika ini," katanya kepada mStar Online.

Arja ditemui selepas pelancaran single pertamanya berjudul Cerita Pada Mereka di Lambang Sari, Istana Budaya di sini pada Rabu.

Tambah Arja, buat masa ini dia tidak mahu memfokuskan kepada soal cinta kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seni yang sedang meningkat naik.

Bagaimanapun kata pelakon drama Ariana Rose itu dia menyasarkan untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 33 tahun.

"Sebelum berkahwin saya mahu mencapai semua cita-cita saya dan membina nama dalam bidang hiburan sebelum berkahwin.

"Sekarang umur saya 30 tahun dan ada masa tiga tahun untuk saya betul-betul memberi fokus kepada kerjaya sebelum berkahwin.

"Bukan tidak mahu kahwin memandangkan usia pun semakin meningkat tetapi saya ada tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri selain mengukuhkan ekonomi terlebih dahulu," jelasnya.

Dalam pada itu, Arja berkata, kemunculan single pertamanya itu bukan untuk membuktikan kepada mana-mana pihak bahawa dia boleh menyanyi sebaliknya ia merupakan impian sejak kecil.

Kata Arja, dia tidak kisah tentang pandangan orang lain terhadapnya kerana dia bekerja keras untuk memastikan kerjaya seninya terus berkembang.

"Mungkin saya beberapa kali mencuba nasib dalam beberapa program realiti tetapi nampaknya rezeki tidak menyebelahi saya.

"Tetapi ini adalah usaha bahawa saya serius untuk bergelar penyanyi dan penghasilan single ini adalah buktinya," ujarnya.

Tambah Arja, arwah ibunya yang meninggal dunia tahun lalu adalah pemangkin semangat terbesarnya untuk terus bertahan dalam industri ini.

"Saya mengalirkan air mata kerana teringatkan arwah ibu kerana dia tidak sempat melihat kejayaan saya. Ketika menyanyi lagu pertama saya itu, saya membayangkan dia berada di hadapan saya," katanya.

Bercerita lanjut mengenai Cerita Pada Mereka, Arja berkata, lagu tersebut dicipta khas oleh komposer dan penulis lirik Keroz Nazri dua tahun lalu.

Bagaimanapun Arja tidak mahu terburu-buru mengeluarkan single berkenaan dan memilih 2014 untuk melancarkan karier nyanyiannya.

Sementara itu, Arja berkata, dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan kerana cabang seni itu yang menaikkan namanya dalam industri hiburan tempatan.

Malah jadual lakonannya sudah penuh sehingga penghujung tahun ini dan bersyukur bakatnya semakin diterima baik oleh produksi dan peminat.

"Minat sebenar saya adalah nyanyian tetapi lakonan yang telah menaikkan nama saya.

"Apa yang penting pembahagian masa dan Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik," katanya. – mStar

Anda mungkin juga meminati:

[ Gosip ] <b>Arja Lee</b>, Shima Anuar bercinta? ~ Perihal Negara

Posted: 27 Feb 2014 07:27 AM PST

Pelakon dan penyanyi popular, Arja Lee mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik, Shima Anuar.
"Benar, kami sedang berkawan rapat dan saya menyukai dia, malah yakin dia juga mempunyai perasaan sama terhadap saya.
"Bagaimanapun saya tidak berani untuk mengatakan kami bercinta tetapi dia adalah wanita yang rapat dengan saya ketika ini," katanya kepada mStar.
Tambah Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, mereka telah berkenalan sejak setahun lalu dan mengakui menyukai wanita itu, namun buat masa ini dia tidak mahu memfokuskan kepada soal cinta kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seninya dahulu.

"Sebelum berkahwin saya mahu mencapai semua cita-cita saya dan membina nama dalam bidang hiburan sebelum berkahwin.

"Sekarang usia saya 30 tahun da nada masa tiga tahun untuk saya betul-betul memberi fokus kepada kerjaya sebelum berkahwin. Saya bukan tidak mahu berkahwin memandangkan usia semakin meningkat tetapi saya ada tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri selain mengukuhkan ekonomi terlebih dahulu."

Sumber : tupai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan