Nuffnang

Jumaat, 7 Mac 2014

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


&#39;Jiwa&#39; drama aksi terbaru Kamal Adli, Remy Ishak & <b>Faizal Hussein</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 01:16 AM PST

unnamed (21)

Menyusul selepas drama siri 'Aku' di slot Aksi, sebuah drama rantaian 14 episod berjudul 'Jiwa' terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Kamal Adli, Remy Ishak, Faizal Hussein, Siti Elizad, Liza Shadan, Sheila Mambo, Ardell AryanaCico Harahap & Wan Raja. 'Jiwa' merupakan hasil garapan 2 sutradara iaitu Kabir BhatiaNurhanisyam Muhammad (Labu) serta nukilan skrip oleh Fairul Nizam.

'Jiwa' mengisahkan tentang 2 beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) & Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar & isteri ke-2, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas & komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura & Iskandar semakin renggang.

Oleh kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih sayang seorang ayah & mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik Alif terhadap Zulaika dan Jiwa.

Untuk cerita lanjut, anda semua bolehlah menonton drama ini nanti mulai 5 Februari 2014 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3. Kalau anda terlepas, anda juga boleh disaksikan menerusi portal video Tonton.

Pengarah, Kabir Bhatia dan Barisan Pelakon Jiwa.

Pengarah; Kabir Bhatia, penulis skrip; Fairul Nizam & Barisan Pelakon Jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan