Nuffnang

Ahad, 9 Mac 2014

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


<b>Arja Lee</b> belanja besar – Perak Today

Posted: 05 Mar 2014 01:21 AM PST

arja le

Walaupun sudah menyimpan angan-angan untuk menjadi penyanyi sejak di bangku sekolah, namun pelakon Arja Lee tidak pernah pasti mampu atau tidak merealisasikan impian itu.

Mana tidaknya, percubaan demi percubaan untuk lolos dalam rancangan realiti nyanyian berakhir kekecewaan apabila tidak pernah 'sangkut' sekalipun.

Ketika mencuba nasib dalam Akademi Fantasia 2013 (AF2013), dia cuma berjaya layak ke Top 24. Ini termasuk program realiti lain seperti Gangstarz, Audition dan AF6 yang sememangnya tidak pernah berpihak kepadanya.

Kalau diikutkan orang lain pasti sudah berputus asa, namun semangat anak jati Kuala lumpur berusia 31 tahun ini jelas tidak tergugat. Ini dibuktikan dengan pelancaran single sulung–nya berjudul Cerita Pada Mereka, baru-baru ini.

"Saya risau juga terutama bagaimana penerimaannya kelak namun teruskan juga keinginan itu. Tapi memandangkan saya makin dikenali dalam bidang lakonan terutama penerimaan ramai dalam siri drama Ariana Rose, inilah masa yang terbaik," katanya.

Untuk pertama kali, pelancaran dibuat Arja untuk single ini juga dikira agak besar-besaran seakan sudah setaraf pe–nyanyi membuat 'showcase'.

Berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya, pelancaran berkenaan juga turut dihadiri beberapa rakan artis seperti Raja Azmi, Rosnan, Farhan Azizan, Erin Malek dan Kumpulan Tiga menyatakan sokongan mereka.

Mendapat sentuhan komposer baru Keroz Naz–ri dan susunan muzik oleh Alfa Booty, pelakon berkenaan mengakui tidak berkira untuk berbelanja besar apatah lagi ia saat bermakna buatnya sendiri.

"Berkat rezeki daripada lakonan, saya gunakan duit yang dikumpul untuk pelancaran ini dan lebih RM30,000 juga saya keluarkan demi Cerita Pada Mereka.

"Selepas ini saya akan membuat klip video pula tapi biarlah lagu berkenaan dimainkan di radio terlebih dulu," katanya.

Mendengar sendiri nyanyian merdunya mengalunkan single itu mengingatkan kepada pe–nyanyi hebat Anuar Zain. Baik melodi lagu dan leng–gok nyanyiannya seakan-akan ada persamaan dengan penyanyi Sedetik Lebih itu.

Menafikan dirinya meniru cara nyanyian penyanyi berkenaan, Arja sebaiknya tidak mahu disamakan dengan Anuar tapi mengakui memang selama ini mengagumi serta menjadikan penyanyi itu idolanya.

Bagaimanapun, dia sendiri menyarankan agar peminat mendengar lagu berkenaan beberapa kali barulah tahu sebenarnya dia mempunyai cara nya–nyian tersendiri.

"Mungkin kerana 'taste' muzik kami sama menyebabkan ada sedikit persamaan antara kami. Saya pun memang peminat dia sejak dulu lagi namun terus-terang saya tidak berniat untuk menjadi Anuar Zain kedua pun.

"Biarlah saya dikenali sebagai diri saya dan ada identiti sendiri," katanya.

Penuh beremosi dan sebaik selesai menyanyikan lagu itu, Arja juga nampaknya tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air matanya sewaktu sesi sidang media.

"Jika ibu saya masih ada, pastinya dialah yang paling berbangga kerana berdirinya saya sehingga sekarang pun hasil sokongan daripadanya ketika dia masih hidup.

"Selain itu, mengenang–kan bagaimana sukarnya perjalanan saya untuk sampai ke tahap ini, tidak ketinggalan begitu indahnya lagu ini, ada sebab untuk saya menangis," katanya.

Sasar kahwin pada usia 33 tahun

Biarpun sudah secara rasmi bergelar penyanyi sekarang, Arja tidak akan sekali-kali meninggalkan bidang lakonan kerana dari situlah kerjayanya bermula.

"Lakonan yang memberikan saya nama dan rezeki sehingga kini. Tanpa bidang lakonan, saya takkan sampai ke tahap ini dan kerana itulah saya tidak akan tinggalkan bidang itu," katanya.

Terbaru dia dilihat intim dengan pendatang baru Shima Anuar, Arja tanpa berselindung me–ngakui memang rapat dan sangat menyukai pelakon berkenaan.

"Memang kami rapat dan saya boleh katakan hubungan kami serius. Apapun, tidaklah sampai ke tahap sudah menjadi kekasih tapi saya memang sukakan dia.

"Apapun, buat masa ini biarlah masa yang tentukan dan saya pun masih mahu mengukuhkan kerjaya. Tapi saya sudah merancang pada usia 33 tahun, saya nak kahwin," katanya.

-Metro

<b>Arja Lee</b> bijak cari peluang – Perak Today

Posted: 25 Feb 2014 06:00 AM PST

arja lee

NAMA Arja Lee yang pernah mengemparkan industri seni suatu ketika dahulu gara-gara lakonan bogelnya menerusi filem Dalam Botol.

Biarpun namanya terpalit dengan cerita negatif, namun Arja tidak melihat perkara tersebut sebagai punca yang boleh memusnahkan kerjaya seninya.

Bangkit daripada kegagalan lalu, penampilannya menerusi drama mencipta fenomena Ariana Rose, berjaya menaikkan namanya di persada lakonan.

Lakonan antagonisnya dalam drama itu, Arja berjaya memikat hati penonton terutamanya golongan wanita dengan karakternya sebagai lelaki metropolitan berkarisma.

Selepas drama tersebut berakhir, Arja mengakui jadualnya semakin padat dengan penggambaran yang berterusan sehingga tiada ruang untuknya bercuti.

"Alhamdulillah…saya tidak menyangka drama ini telah mencipta fenomena luar biasa sehingga saya turut merasai tempiasnya.

"Selepas Ariana Rose, saya akan menjalani penggambaran selama sebulan di Kuala Terengganu bagi drama terbaharu, Tarbiah Cinta.

"Drama 21 episod terbitan RTM ini menggandingkan saya dengan pelakon, Memey Suhaiza buat pertama kali," katanya.

Selain daripada drama itu, dia juga sibuk dengan penggambaran Misiku Kuza musim kedua yang menaikkan namanya sebelum Ariana Rose.

"Saya bersyukur sangat dengan rezeki yang dilimpahkan Ilahi.

"Biarpun lambat namun, berkat usaha saya yang tidak pernah putus berjuang dalam industri seni dimakbulkan ALLAH SWT.

"Jadual saya sangat pada sehingga penghujung tahun sehingga tiada masa untuk diri sendiri," katanya yang juga akan melancarkan single terbaharu berjudul Cerita Pada Mereka.

-Sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan