Wan Sharmila - Google Blog Search |
<b>Wan Sharmila</b> Beri Klu Tamatkan Zaman Janda Di Instagram | Portal <b>...</b> Posted: 18 Feb 2014 07:56 PM PST '+ ' Subject: Message: Kini Trending Dalam diam rupanya pelakon kecil molek, Wan Sharmila juga sedang menghitung hari untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya. Jika anda masih ingat lagi, sekitar pertengahan tahun lalu Wan Sharmila membuat pengakuan sudah menemui cinta baru selepas hampir lima tahun bergelar janda. Menurut pelakon yang baru sahaja membintangi drama bersiri Ariana Rose tempoh hari, kekasihnya itu kini berada di London dan bukan di kalangan orang seni. Meskipun belum pernah mendedahkan wajah lelaki misteri itu, namun Wan Sharmila seringkali berkongsi kebahagiaannya dan perkembangan kisah cinta mereka bersama peminat di laman sosial. Terbaru, Wan Sharmilla memuat naik sekeping foto kad perkahwinan dipercayai miliknya berserta caption 'Our wedding card design. Hope all is well.' Perkongsiannya itu membuatkan ramai peminat termasuklah rakan selebriti terkejut kerana pelakon itu belum pernah membuat pengumuman untuk bernikah sekali lagi kepada khalayak. Namun melihat kepada statusnya di Twitter, Wan Sharmila difahamkan telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih yang hanya diperkenalkan sebagai D tetapi perkara itu dirahsiakan. Walaupun begitu, ramai yang memberi reaksi positif dan mendoakan kebahagiaan Wan Sharmilla bersama bakal suaminya. Untuk pengetahuan anda, Wan Sharmila pernah berkahwin dengan pemilik dan penerbit syarikat produksi Radius One, Fazli Baharom sebelum mereka bercerai pada 23 Oktober 2009. Mungkinkah Wan Sharmila akan mendirikan rumahtangga dalam masa beberapa bulan dari sekarang? Apapun jom lihat foto-foto terbarunya di bawah ini. Kredit foto: Instagram Wan Sharmila |
You are subscribed to email updates from Wan Sharmila - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan