Nuffnang

Rabu, 5 Mac 2014

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Umum Bakal Nikahi Almy Nadia 30 Mei Ini | ROTIKAYA

Posted: 12 Feb 2014 11:31 PM PST

Dalam temubual bersama media ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Cicakman 3 petang tadi, Fizz Fairuz mendedahkan yang beliau & Almy Nadia bakal bernikah pada 30 Mei 2014 ini dan mengadakan resepsi perkahwinan keesokan harinya di Pulau Pinang.

Fizz Fairuz juga mengatakan yang mereka sudah bertunang pada bulan Oktober yang lalu & kini sedang giat membuat persiapan perkahwinan.

Pelakon Nur Kasih itu bakal memberi wang hantaran berjumlah RM20,000 & sudah menetapkan destinasi berbulan madu iaitu Maldives.


Almy Nadia Terkejut Dengan Pengumuman <b>Fizz Fairuz</b> | ROTIKAYA

Posted: 13 Feb 2014 04:12 PM PST

Dan bukan terkejut kerana tidak mengetahui yang mereka bakal berkahwin, tetapi terkejut kerana pengumuman yang dibuat oleh Fizz Fairuz kepada pihak media secara tiba tiba dan terlalu awal dari apa yang mereka berdua rancang.

"Terkejut juga bila Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan) kepada media tadi (semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April nanti. Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya"

BACA: Fizz Fairuz Umum Bakal Nikah Almy Nadia 30 Mei Ini

"Patutnya simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia sudah bosan asyik diajukan pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga," ujar Almy Nadia kepada Harian Metro hari ini.

Menerusi portal GUA hari ini, Almy Nadia berkata yang beliau mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan lancar namun tidak menolak masih mempunyai fobia untuk berkahwin selepas apa yang terjadi sebelum ini.

"Perasaan saya gembira, takut dan teruja. Semuanya bercampur baur kerana pelbagai benda telah melanda hubungan kami untuk sampai ke tahap ini. Perkara yang telah terjadi membuatkan saya menjadi fobia," ujarnya.

Fizz Fairuz semalam mendedahkan yang beliau akan menikahi Almy Nadia pada 30 Mei ini di kediaman bakal pengantin perempuan di Pulau Pinang dan turut berkata yang mereka sudah pun bertunang pada Oktober tahun lalu. (rtky/m)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan