Nuffnang

Selasa, 4 Mac 2014

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


<b>Neelofa</b> pakai tak senonoh kerajaan PAS Kelantan pula dicemuh <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 03:34 PM PST

‎ARTIS seksi popular, Neelofa mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila tampil di program anugerah meletop Era dengan pakaian ketat ala 'power rangers merah jambu'.
Ramai yang mengutuk artis tersebut kerana tampil berpakaian demikian. Mana tidaknya, ramai berpendapat, selain pakaiannya menjolok mata, ia juga dilihat begitu lucu dan menjadi perbualan hangat di media sosial teru‎tama di facbook dan twitter.
Namun ada cerita yang boleh disifatkan sebagai 'bodoh' apabila salah sebuah page pro Barang Naik, (BN) iaitu page Anti-DAP Club di facebook menyalahkan kerajaan PAS Kelantan apabila Neelofa berkelakuan begitu.
Memanglah Neelofa seorang artis yang berasal dari Kelantan. Namun tidak patutlah kerajaan negeri Kelantan dikaitkan dengan perangai buruk yang dilakukan oleh Neelofa‎ itu.
Hasil semakan di Google, dan laman twitter rasmi milik artis itu, aku dapati Neelofa ini juga merupakan salah seorang penyokong tegar Barang Naik, BN.
Malah beliau pernah menghadiri perhimpunan agung Umno 2012 (Sila semak Google). Selain itu, di laman twitter rasmi miliknya, beliau begitu menyokong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semasa debat isu PTPTN dengan Rafizi Ramli.

"Walaupun asal Kelantan, tapi sokong Umno maka perangai ikut perangai Umno..."‎

Tiada ulasan:

Catat Ulasan