Nuffnang

Sabtu, 15 Mac 2014

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


<b>Sharnaaz Ahmad</b> Buat Pemeriksaan Otak | Oh! Artis

Posted: 27 Feb 2014 06:05 PM PST

Susulan kenyataan Fauzi Nawawi yang menyuruh Sharnaaz Ahmad membuat pemeriksaan kesihatan kerana sikap panas barannya, pelakon drama Bukan Kerna Aku Tak Cinta itu mengambil langkah membuat pemeriksaan otak dan perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Sharnaaz melalui laman sosial Instagramnya.

BACA: Fauzi Nawawi Enggan Mohon Maaf Pada Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan keputusan imbasan otaknya dan beserta caption yang berbentuk sindiran.

"Saya dah buat MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA (Magnetic Resonance Angiography). Scan otak pun dah.

"Di kawal rapi oleh Dr Sherrini dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM)… Saya lulus, otak saya sihat dan juga 'hensem' otak saya. hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? halussssss," katanya.

Dua pelakon ini, iaitu Sharnaaz Ahmad dan Fauzi Nawawi mula bertegang urat di media berikut satu kes yang mendakwa Sharnaaz telah menyerang dan menengking Lisdawati iaitu isteri kepada Fauzi. Perkara itu berlanjutan apabila masing-masing membuat laporan polis dan kenyataan balas di media.

OHMEDIA: MACAM-MACAM HAL. PADAHAL DUA-DUA PUN LEBIH KURANG SAMA JE. LOL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan