Nuffnang

Isnin, 28 April 2014

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Berlakon Dengan Adi Putra, <b>Aaron Aziz</b> Tak Timbul Pula Isu <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2014 01:18 AM PDT


Ya memang susah menjadi seorang pelakon lebih-lebih lagi sekiranya anda sudah berumah tangga. Kalau ada pelakon wanita yang cantik dan berlakon babak romantis dengan si suami, sedikit sebanyak pastinya si isteri akan cemburu. Kemungkinan besar lakonan Anzalna begitu ketika membawa watak sebagai seorang perempuan simpanan sehingga telah timbul desas-desus isteri Izzue Islam, Awin Nurin cemburu melihat keintiman mereka berdua.

izzue islam anzalna

Walaupun sebelum ini Awin Nurin telah tampil dan menafikan dakwaan cemburu tidak bertempat itu, ketidakhadiran Izzue Islam pada majlis pelancaran drama bersiri Aku Isterinya awal minggu ini menguatkan kembali desas-desus tersebut. Selaku seorang pelakon, Anzalna tidak menafikan dan kelihatan seolah-olah mengiyakan persengketaan yang timbul. Kata Anzalna menerusi Kosmo:-

Itu masalah dia. Sewaktu bekerja saya harus profesional. Kalau dia cuba mengelak dari- pada bertemu saya, ingatlah bahawa industri hiburan ini kecil saja.

Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa saja termasuk Izzue. Kalau mahu menjayakan sesuatu kerja perlu ada profesionalisme dan tak boleh buat sesuka hati

Tidak semestinya babak romantik perlu berpeluk! Lontaran dialog saja pun sudah mencukupi. Kalau perkara itu pun tak boleh buat, baik jangan berlakon.

izzue islam dan isteriPedas juga kata-kata Anzalna itu bukan? Seperti yang kita tahu, sebelum ini Anzalna telah banyak berlakon dengan pelakon lelaki lain yang sudah berumah tangga, namun tidak pernah timbul isu sebegini. Kata Anzalna lagi:-

Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Adi Putra dan Aaron Aziz. Watak saya lagi jahat dan penggoda tapi tidak timbul pula sebarang isu.

Saya cuba mengelak daripada babak berpegangan tangan kerana menghormati orang yang sudah berkahwin, kalau ada pun saya perlu kawal agar tidak melebih-lebih.

Selama ini pun teman lelaki saya tidak masuk campur urusan kerjaya saya, masalah saya biar saya sendiri yang uruskan. Masalah yang timbul bukan datang dari- pada pihak saya, jadi biar dia yang selesaikan. Kalau sesiapa mahu timbulkan masalah, saya tidak peduli asalkan saya buat kerja saya secara profesional

anzalna

Sebagai seorang isteri kepada pelakon, Awin Nurin seharusnya memahami tanggungjawab suaminya. Mungkin lain kali boleh baca skrip terlebih dahulu dan kalau ada adegan romantik yang melampau, boleh terus tolak tawaran tersebut. Hati pun pasti akan lebih tenang dan tidak terganggu emosi. Harap-harap jangan kerana persengketaan ini akan timbul masalah menyelesaikan baki penggambaran yang dijadualkan berlangsung di Perth, Australia tidak lama lagi.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan