Nuffnang

Isnin, 28 April 2014

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b>: Saya Menunggu Surat Saman Sharnaaz | ROTIKAYA

Posted: 24 Apr 2014 02:50 AM PDT

Pertelingkahan di antara dramatis Lisdawati (Lisda) dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang tercetus pada pertengahan Februari lalu, cukup mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada Lisdawati.

Sementara Sharnaaz Ahmad, baru-baru ini memberitahu media yang dia mahu menyelesaikan hal itu tetapi hanya menunggu masa yang sesuai.

"Tak ada logiknya nak tunggu isteri saya bersalin atau tidak sebab isteri saya sihat walafiat. Hari ini (semalam) dia masih lagi boleh terbang ke Sarawak. Masa dia menunaikan umrah pun, dia mengandung dan dalam keadaan sihat. Jadi tidak ada alasan langsung"

BACA: Sharnaaz Ahmad Selesaikan Isu Gaduh Selepas Lisdawati Selamat Bersalin (ext.)

"Sebab kalau setakat dia nak selesaikan perkara ini secara baik dan tak bergaduhh, ia tak akan mempengaruhi kandungan isteri saya", kata Fauzi Nawawi yang ditemui pada majlis tayangan filem usahasama tiga negara Malaysia-Indonesia-Jepun berjudul Bushido Spirit: Sang Pemberani, bertempat di e@Curve, Damansara, semalam.

Fauzi Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz yang mahu menyelesaikan pertelingkahan tersebut sebaik saja selepas isterinya bersalin.

Lisdawati sekarang sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin sekitar bulan Mei ini. Menurut Fauzi, mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.

Tambahnya lagi, dia kini hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz seperti yang dinyatakan sendiri oleh pelakon itu di dalam sebuah program hiburan, beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun Fauzi bersedia untuk bersemuka sekiranya Sharnaaz ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan tidak mahu mengambil apa apa tindakan undang undang.

"Saya tak nak ambil apa-apa tindakan. Tapi saya dengar dia nak saman saya. Sekarang ni saya tengah tunggu surat saman dari dia lah ni. Setakat ini saya tak dapat apa-apa surat dari penguam dia. Kalau boleh saya minta dia cari jalan penyelesaian. Kalau dia tetap nak saman, silakan. Kalau dia nak berdepan dan selesai cara baik, saya bersedia," katanya lagi. (rtky/fr)


&#39;saya tunggu surat saman sharnaaz&#39; - <b>fauzi nawawi</b> - ammboi dot com

Posted: 26 Apr 2014 02:57 AM PDT

Fauzi Nawawi menjelaskan yang dia menunggu surat saman daripada pihak pelakon Sharnaaz Ahmad. Sebelum ini, kontroversi tercetus antara isteri Fauzi, aktres Lisdawati dan Sharnaaz apabila Sharnaaz didakwa menengking Lisdawati di set penggambaran drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pasangan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi kerana bimbangkan keselamatan diri dan kandungan Lisdawati.

"Tindakan saya apabila saya dengar dia nak saman, saya hanya tunggu surat saman dia. Ini kerana kenyataan dia di pihak media, tidak berasas. Kalau dia kata saya maki ibu bapa dia, tolong tunjukkan bukti teks tersebut. Kenapa dia hanya tunjukkan teks yang tidak berkenaan dengan maki. Saya hanya keluarkan teks 'kalau gua maki mak lu macam mana. Takkan saya nak nak tanya pada dia 'kalau gua maki bini lu macam mana', tak boleh sebab dia belum berkahwin. Itu satu pertanyaan, adakah perkataan itu maki? Bila kenyataan dia kata saya maki, maknanya saya ini macam orang yang biadap," ujar Fauzi dipetik portal GUA.

Dalam pada itu, Fauzi menjelaskan selepas ini dia akan membenarkan isterinya berlakon bersama Sharnaaz lagi sekiranya segala kontroversi yang tercetus selesai dengan baik. Fauzi juga menyatakan yang dari awal lagi, Sharnaaz harus bersemuka dengannya.

fauzi nawawi

"Sepatutnya perkara ini harus bersemuka dengan saya. Kenapa selepas semua ini tercetus dan keluar di pihak media, baru dia memohon maaf kepada isteri saya. Apabila dia nak saman, saya tunggu saman dia. Sampai sekarang saya belum dapat apa-apa surat daripada pihak dia. Kalau dapat, saya akan jawab dengan jujur. Untuk saya melibatkan ibu bapa dia dalam perkara ini, itu tidak logik langsung. Kalau ada, tunjuk bukti teks tersebut. Saya pun tidak buat apa-apa tindakan, saya cuma buat laporan polis, itu pun hanya untuk membawa isteri saya menjalani pemeriksaan. Selepas itu, apabila benda dah kecoh, saya hanya diamkan sahaja," ujar Fauzi lagi.

Fauzi juga berharap akan ada jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan konflik di antara mereka bertiga.

"Kalau boleh, saya minta dia cari jalan untuk selesaikan perkara ini, apabila dia sudah mulakan perkara ini. Kalau dia kata mahu saman, silakan. Kalau mahu berdepan, di hadapan wartawan sekali pun, silakan. Saya menunggu setiap masa, insyaAllah," ujar Fauzi mengakhiri perbualan.

p/s: Pada pandangan ammboi, tak payahlah Fauzi pula nak lebih-lebih. Ammboi faham Lisda isteri Fauzi, cuma mungkin Sharnaaz fikir lebih baik dia bersemuka selepas Lisda bersalin. Mungkin untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku sekiranya pertemuan mereka secara baik bertukar panas dan semakin panas…

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

mahu jumpa lisda lepas bersalin, <b>fauzi nawawi</b> <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 24 Apr 2014 04:33 PM PDT

Seperti yang kita tahu, pelakon Sharnaaz Ahmad mahu menyelesaikan isunya dengan Lisdawati. Namun Sharnaaz katanya mahu menunggu selepas aktres itu bersalin. Menurut Sharnaaz dia enggan mengulas lanjut dan mengatakan bahawa dia mahu menunggu sehingga Lisda selesai melahirkan anaknya.

Bagaimanapun tindakan Sharnaaz itu tidak disenangi oleh suami Lisda yang merupakan pelakon dan juga pengarah, Fauzi Nawawi. Menurut Fauzi, tindakan Sharnaaz itu langsung tidak logik.

fauzi nawawi dan sharnaaz ahmad

"Tidak ada logiknya mahu menunggu selepas isteri saya bersalin, kerana sama ada dia bersalin atau pun tidak, dia berada dalam keadaan sihat walafiat. Isteri saya hari ini pun terbang ke Sarawak. Masa Lisda menunaikan Umrah pun, dia sihat. Kesihatan bukan alasan, jika dia mahu berbincang secara baik, bukan untuk bergaduh, perkara tersebut tidak akan mempengaruhi kesihatan isteri saya. Selepas saya pulang dari Umrah, saya tonton semula kenyataan yang dia berikan menerusi YouTube. Saya kecewa dengan dia kerana sepanjang penglibatan saya dalam industri hiburan, belum pernah lagi ada pelakon herdik atau tengking seorang perempuan mengandung. Saya hanya bertindak untuk melindungi isteri saya," jelas Fauzi dipetik portal GUA.

Dalam pada itu, Fauzi sekali lagi menegaskan yang dia melakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti dan bukan disebabkan oleh Sharnaaz.

"Sudah banyak kali saya jelaskan, tujuan saya lakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti. Tujuan saya lakukan perkara tersebut adalah untuk membawa isteri saya, pergi hospital, di bahagian kecemasan, untuk memeriksa kandungan isteri saya. Dia membawa satu nyawa dalam kandungannya. Itulah saya tunggu selama bertahun-tahun, kerana saya dapat tahu isteri saya mengandungkan anak lelaki. Itu sudah tanggungjawab saya untuk lindungi isteri dan anak saya. Saya buat laporan polis bukan sebab Sharnaaz. Tidak kiralah siapa pun yang buat, saya tetap akan buat laporan. Tapi, kenapa Sharnaaz? Apabila perkara ini terjadi artis sesama artis, saya kalau boleh tak mahu panjangkan cerita. Industri kita tidak besar mana. Sepatutnya kenyataan yang dibuat di media, saya yang lebih melenting, tapi saya hanya bertindak tenang, malah dia yang menunjukkan kemarahan dirinya," ujar Fauzi mengakhiri perbualan.

Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan