Nuffnang

Jumaat, 11 April 2014

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Lirik Lagu Kalau Nak Berjaya - <b>Altimet</b> feat Najwa Latif - Blog Azri

Posted: 08 Apr 2014 02:52 AM PDT


Whoa! Lama betul tak update pasal Najwa Latif dalam blog ni. Last entri yang ada kaitan dengan artis popular YouTube ni adalah mengenai Lirik Lagu Kau Pergi Jua.

Terbaru, Najwa Latif berduet dengan Altimet dalam projek khas untuk channel YouTube Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Lagu ni tajuknya Kalau Nak Berjaya, dan kalau korang dengar lagu ni adalah remix daripada lagu popular Altimet dan Awi Rafael, Kalau Aku Kaya.

Dalam video ni, Altimet dan Najwa Latif ajak kawan-kawan untuk berjimat dan amalkan menabung dalam kehidupan untuk masa depan. Yelah, zaman sekarang ni memang banyak betul dugaan kalau kita nak jimat cermat dalam perbelanjaan.


Lirik Lagu Kalau Nak Berjaya - Altimet feat Najwa Latif

Aku nak kaya, hidup aku berubah,
Alangkah indah kalau dah tak susah,
Jadi pemilik, bukan sewa rumah,
Makan tak habis, minum tak sudah.

Menabung dari hari yang pertama,
Pelaburan pula bertambah angka,
Jumlah dalam akaun bertambah lagi,
Setiap kali kami kembali, kami kembali.

C/O

Dan kalau aku mampu,
Pasti jimat selalu....

Kalau nak berjaya,
Jangan belanja semuanya,
Sikit kita ketepikan,
Tabungan hari kemudian.

Kalau nak berjaya,
Belanja berpada-pada,
Sikit kita ketepikan,
Tabungan hari kemudian

Kalau nak berjaya, 2x
Wooooo...

Ada beberapa benda, yang aku suka,
Kalau ikut hati semua dah jadi aku punya,
Tapi pelan-pelan kayuh, kalau nak jadi jaguh,
Rancanganku diatur, langkahku dicatur.

Tak ada duit pencen kalau jadi penyanyi,
Jadi gaji hari ini termasuk esok sekali,
Mohon rakan seni semua fikir sendiri,
Kewangan guna otak, berkarya ikut hati.

Dan kalau kamu punya, matlamat sama juga,
Skim terbuka untuk kita semua,
Kolar biru kolar putih, kecil hingga tua,
Tak terlalu lambat untuk kita semua bermula.

Ulang semula C/O

Aku tabung satu kupang,
Aku jimat dua
Eleh, aku apa kurang
Kalau boleh jimat semua.

Bagitahu kawan semua,
Ajak mereka turut serta,
Melentur buluh semestinya,
Dari rebung-rebungnya.

Kalau Nak Berjaya...
Kalau nak berjayaa...
Uuuuwwwwooooo...

Ulang C/O lagi sekali.

Ok itu je lirik lagunya. Kalau korang dengar lagu Kalau Nak Berjaya ni pastu ada perasan lirik ni salah ke tak betul ke apa, tolong maklumkan ye.. nanti boleh diedit semula. Terima kasih :D


Jom Follow : Facebook | Twitter | Instagram | Google+
Artikel di blog ini adalah tentang pengalaman hidup penulis dan juga beberapa perkongsian rawak. Diharap para pembaca berfikiran positif dan terbuka. Sila rujuk Penafian/Disclaimer untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.

The Business of Hip Hop - <b>Altimet</b>, Music Extrordinair - BFM

Posted: 28 Aug 2009 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]The Business of Hip Hop - Altimet, Music Extrordinair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan