Nuffnang

Jumaat, 11 April 2014

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> & Firos Ezzwan Nikah 2 Mei Ini | - Beautifulnara

Posted: 08 Apr 2014 09:25 PM PDT


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Misha Omar dan Firos Ezzwan bakal bergelar suami dan isteri. Setelah menghadapi pelbagai rintangan, mereka berdua telah sepakat untuk memilih 2 Mei ini sebagai hari pernikahan. Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi dan majlis resepsi pula pada malamnya. Kedua-dua majlis akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

misha nikah 2 mei

Misha Omar telah memilih tarikh 2 Mei atas keberkatan bulan Rejab selain memenuhi permintaan ibunya yang mahukan Misha berkahwin pada bulan ber­kenaan. Pastinya Misha dan Firos kini dalam fasa persiapan terakhir menjelang perkahwinan mereka. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak melihat Misha anggun di atas pelamin kelak.

P.S: Perodua Myvi XT akan dilancarkan

Baca Yang Ini Pulak:-

BERITA ARTIS - <b>Misha Omar</b> Pilih Nikah 2 Mei - Gua.com.my

Posted: 05 Apr 2014 01:55 AM PDT

Penyanyi popular, Misha Omar memilih tarikh 2 Mei 2014 sebagai tarikh pernikahan dengan tunangannya Firos Ezzuwan Rossly. Menurut Musha, tarikh itu menjadi pilihan kerana mahu memenuhi permintaan ibunya yang mahu majlis itu diadakan pada bulan Rejab.

Majlis akad nikah akan diadakan di Hotel Renaissance Kota Bahru, Kelantan pada sebelah pagi. Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada sebelah malam di tempat yang sama.

"Majlis pernikahan dan resepsi saya akan diadakan secara sederhana sahaja untuk sanak-saudara dan teman-teman rapat," ujar Misha ketika ditemui di majlis santai bersama pihak media di Kafe Holly Smoke, Shah Alam sebentar tadi.

<b>Misha Omar</b> Lega Persiapan Kahwin Lancar - Gua.com.my

Posted: 05 Apr 2014 10:35 AM PDT

"Memang betullah apa yang orang kata, kalau masanya memang sudah sampai, semua urusan kita akan dipermudahkan. Persiapan majlis perkahwinan saya berjalan dengan lancar biarpun dilakukan dalam masa yang singkat iaitu kira-kira tiga bulan sahaja. Berbanding ketika kami merancang untuk adakan pada bulan Februari dahulu, ada sahaja masalah atau halangan yang timbul," ulas Misha Omar mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 2 Mei hadapan.

Menurut tunangan Firos Ezzwan Rossly ini lagi, dia tidak mendambakan sebuah perkahwinan gilang-gemilang, sebaliknya mahukan sebuah majlis sederhana yang dihadiri oleh saudara mara serta teman-teman rapat sahaja.

"Bagi saya cukuplah sebuah majlis yang sederhana. Saya mahu tetamu yang hadir nanti adalah wajah-wajah yang saya kenali. Sebab itu jemputan saya nanti tidak ramai, iaitu kira-kira 500 orang sahaja. Bolehlah katakan ia sebuah majlis yang penuh intimasi. Majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama di Hotel Renaissance, Kota Bahru, Kelantan. Akad nikah di sebelah pagi, resepsi di sebelah malam.

 
Kad jemputan sudah pun mula diedarkan pada hari ini (Sabtu) dan pihak kami memberi tempoh sehingga 18 April ini untuk tetamu memberikan jawapan sama ada mahu hadir atau tidak. Setakat ini sudah ada beberapa akan artis yang sudah mengesahkan kehadiran. Jaclyn Victor, Farah Fauzana dan Dina Nadzir akan menjadi pembawa dulang hantaran, sementara Adibah Noor akan bertindak sebagai pengacara majlis," kongsi Misha lagi.

Sementara itu, pihak media juga sempat bertanyakan tentang perasaan Firos menjelang hari pernikahannya itu. Menurut juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS)  ini, dia memang merasakan debarannya, tetapi sudah bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan.

"Kami berkawan sudah lama, jadi saya memang sudah bersedia untuk bergelar suami kepada Misha. Bagaimanapun, debaran untuk melalui saat-saat disatukan itu memang ada. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik nanti," ujar Firos ringkas.

Fakta majlis perkahwinan Misha & Firos

Tarikh majlis : 2 Mei 2014. Akad nikah di sebelah pagi, resepsi di sebelah malam.

Lokasi : Hotel Renaissance Kota Bahru, Kelantan.

Wali : Mohd Rose Bin Omar (abang Misha)

Mas kahwin : Seutas gelang emas

Busana akad nikah & resepsi  Syaiful Baharim

Busana memotong kek perkahwinan : Michael Ong

Solekan : Chott & Cicie menggunakan produk Shiseido

Jurugambar & video rasmi : wearethejoezakaria

Vendor majlis nikah & resepsi : Nurza Wedding House, Kota Bharu, Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan