Diana Danielle - Google Blog Search |
Hadiah Gitar Dari Suami Bakar Semangat <b>Diana Danielle</b> Untuk <b>...</b> Posted: 27 Mar 2014 05:36 PM PDT Bagi yang dah menonton filem Kami Histeria pasti tahu semua lagu dalam Kami Histeria adalah menggunakan suara asal Diana Danielle. Tidak dinafikan dia mempunyai bakat dalam bidang nyanyian — dan itu bukan kali pertama beliau menyanyi. Diana kini sedang serius dalam meneruskan minat serta bakatnya dalam bidang nyanyian. Bahkan kini sedang merancang menerbitkan single. Dia kini dalam proses memantapkan vokal serta kemahiran bermain alat muzik. BACA: Diana Danielle Rancang Mahu Tambah Anak 3 Tahun Lagi "Saya ada rancnagan, saya sekarang nak belajar main gitar dengan sebaiknya dan habiskan kelas vokal supaya boleh berikan yang terbaik. Sebelum ada album saya kena ada pengalaman agar album saya nanti berkualiti" "For my birthday Farid bought me a really nice guitar" Menjadikan Diana lebih bersemangat untuk mendalami muzik diatas sokongan yang ditunjuk suaminya. Jelas Diana lagi dia tidak memilih sebarang genre kerana setiap satunya mempunyai keunikan sendiri namun yang paling diminati adalah muzik jazz dan blues. "Saya suka all types of music. Kegemaran saya adalah jazz dan blues — tapi ianya tidak dapat sambutan sangat jadi saya pilih muzik yang lebih mainstream, rock" "Dalam hidup ni kena kumpul pelbagai skill. Sebab kita tak tahu skill tu satu hari nanti berguna untuk kita terutama macam sekarang. Ekononi negara tak berapa stabil. Kita tak tahu mungkin industri hiburan akan merudum. So what can I do next? So always try new things. Always take a risk. Kena ada something untuk kita survive" Pada masa sama ramai menegur tubuh Diana yang semakin langsing dan jelita selepas melahirkan anak pertama. Diana menolak segala dakwaan yang mengatakan dia mengamalkan diet. Malah memberitahu sebelum berkahwin dia lebih kurus daripada sekarang. "Orang cakap saya makin kurus lepas lahirkan anak. I must disagree. Sebelum kahwin saya lagi kurus dari sekarang. Masa kahwin dulu hati senang. Kerja saya makan setiap masa" "Sekarang sudah bertiga. Saya jadi kelam kabut, setiap hari memang tidak cukup rehat. Lagipun saya career woman, banyak nak kena buat. Saya cuma amalkan kurang makan nasi," tambah Diana Danielle lagi yang kini merupakan duta produk Downy bersama suaminya. (rtky/bsr) |
Penampilan Terbaru <b>Diana Danielle</b> « Blooggers Posted: 29 Mar 2014 08:48 AM PDT Blooggers sempat melihat kelibat pelakon terkenal Diana Danielle sewaktu Majlis Pelancaran Dunia Sinema HyppTV yang berlangsung di Menara TM, Jalan Pantai Baru minggu lepas. Majlis Pelancaran saluran terbaru di HyppTV ini ialah kerjasama antara pihak Metrowealth dan juga HyppTV dalam usaha memartabatkan filem-filem terbitan Malaysia kepada penonton dan pelanggan HyppTV. Diana Danielle yang dilihat turut serta dalam majlis pelancaran ini dan kelihatan agak kurus berbanding sebelumnya. Maklum la Diana Danielle yang kini sudah menjadi isteri dan ibu mungkin punyai jadual yang lebih ketat berbanding sebelum berumah tangga. Walaupun sudah lama tidak kelihatan di majlis seperti ini, nampaknya Diana Danielle masih menjadi tumpuan media dan peminat-peminat dan tetap anggun dengan penampilan terbaru ini. |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan