Nuffnang

Selasa, 1 April 2014

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


<b>Hujan</b> nak berpecah? - Utusan Online

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

KALAU tengok perkembangan kumpulan ini sejak dulu memang tak dinafikan Hujan merupakan antara kumpulan paling berpengaruh di Malaysia. Bukan setakat itu mereka juga banyak menghasilkan lagu-lagu popular sejak mula dikenali ramai beberapa tahun lalu.

Tapi baru-baru ini Syed ada dengar cerita yang kurang enak pasal mereka. Kata beberapa orang teman rapat kepada kumpulan ini, Hujan ibarat retak menanti belah sahaja.

Katanya ada beberapa anggota kumpulan Hujan yang sedang mengalami krisis sesama sendiri. Masalah ini pun bukan baru terjadi tapi sudah agak lama sebenarnya.

Macam Hujan ini, khabarnya ada anggota kumpulan yang sudah merasakan mereka tak boleh bersama lagi. Hala tuju sudah makin berbeza dan tak kurang juga yang tidak meletakkan agenda muzik mereka di tempat yang sepatutnya.

Sebab itu ada yang berpatah arang dan berkerat rotan untuk membubarkan terus nama Hujan sebagai sebuah kumpulan muzik. Syed tak mahu dedahkan secara lanjut dan biarlah mereka sendiri buka mulut tentang perkara ini.

Kalau nak ikutkan fenomena dan seterusnya berpecah bukan perkara baru dalam sesebuah kumpulan muzik. Kalau tak di Malaysia pun cerita nak berpecah ini berlaku di seluruh dunia dan membabitkan mana-mana grup sekalipun.

Cuma buat masa ini mereka masih menggunakan nama Hujan walaupun sudah tak banyak show bersama sejak akhir-akhir ini.

Lebihlebih lagi ketika ini fenomena kumpulan muzik seperti mereka memang agak suram. Kalau tengok pada industri secara keseluruhan pemuzik yang berasal daripada gig kecil dan menggelarkan mereka independent memang semakin kurang sambutan.

Hanya yang benar-benar tegar dan bersatu akan terus kekal sebagai sebuah kumpulan muzik.

Syed: Terkejut ada kumpulan popular nak berpecah juga. Apa cerita itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan