Nuffnang

Jumaat, 4 April 2014

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b>, Almy Nadia kahwin 26 April | Terengganu Today

Posted: 22 Mar 2014 08:15 PM PDT

Fizz Fairus dan Almy Nadia akan berkahwin pada 26 April ini.

Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Fizz Fairuz, 34, memilih tanggal 26 April ini, untuk melangsungkan pernikahannya bersama wanita pilihannya, Almy Nadia, 28, di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Fizz yang ditemui di Konsert Selawat Perdana: Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H yang berlangsung di Dataran Masjid Putra, di sini, berkata tarikh itu dipilih sempena hari lahir Almy yang jatuh pada 27 April.

"Majlis akad nikah di rumah keluarga Almy di Pulau Pinang, manakala majlis persandingan pada 31 Mei di Hotel Vistana, di sana. Majlis persandingan sebelah saya diadakan pada 7 Jun di Dataran Raub, Raub, Pahang.

"Saya akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, selain RM20,000 sebagai wang hantaran pada majlis akad nikah itu nanti," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama Menantu 10K.

Fizz berkata, mereka sudah sembilan tahun berkenalan dan ia adalah jodoh yang ditentukan Allah SWT.

" Pelbagai dugaan dihadapi, namun ketentuanNya memudahkan urusan ini.
"Apa yang boleh dikatakan, Almy adalah seorang wanita tabah dan banyak bersabar sepanjang hubungan kami," katanya.-berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan