Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
<b>Sharnaaz Ahmad</b>: Saya Bukan Bodoh Nak Serang Wanita Hamil <b>...</b> Posted: 24 Feb 2014 04:36 PM PST Sehingga saat ini, ramai masih belum tahu apa punca sebenar yang menyebabkan terjadinya pertelingkahan antara pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi dan juga Sharnaaz Ahmad ketika ini. Semalam, pasangan suami isteri itu mendakwa telah membuat laporan polis ekoran menerima SMS berbaur ugutan dari Sharnaaz Ahmad selain Lisdawati sendiri mendakwa diserang di lokasi penggambaran baru baru ini. BACA: Lisdawati Dakwa Diserang & Diugut Sharnaaz Ahmad, Buat Laporan Polis Bercakap kepada portal Murai, Sharnaaz Ahmad berkata semua yang dikatakan oleh pasangan tersebut hanya fitnah belaka dan beliau tidak bodoh untuk bertindak menyerang seorang wanita hamil kerana ibunya juga seorang wanita. "Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini" Menurut Sharnaaz Ahmad lagi, apa yang diceritakan oleh Lisdawati dan suaminya itu hanyalah luaran sahaja dan tidak mempunyai isi sebenar selain tidak akan dapat selesaikan masalah jika membawa perkara ini ke pihak media. "Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar," tambah hero drama bersiri Bukan Aku Tak Cinta ini. (rtky/m) |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan