Nuffnang

Ahad, 20 April 2014

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Merajuk | Oh! Media Network

Posted: 26 Feb 2012 08:43 PM PST


Gambit Saifullah nampaknya sudah nekad untuk berhenti rehat seketika dari berlakon. Jika anda perhatikan selepas lakonan terakhirnya di dalam 'Karipap-karipap Cinta' tahun lepas, tidak kelihatan sudah Gambit di persada lakonan. Bukan tiada tawaran untuknya, tetapi Gambit sendiri yang menolaknya kerana kecewa. Merajukkah Gambit?

"Banyak tawaran lakonan yang saya terima. Tetapi saya tolak kerana saya kecewa dengan cara kerja sesetengah produksi. Mereka seperti kurang berminat untuk berkarya."

"Memang kecewa apabila kita bersungguh-sungguh dalam kerja tetapi orang lain membuahkan hasil kerja yang kurang memuaskan. Mulai sekarang saya mula akan memilih skrip. Saya akan jadi lebih selektif."

Adakah kerana filem berkenaan tidak mendapat sambutan langsung, Gambit yang juga boleh berbahasa spanish ini, mahu berhenti berlakon?

Menolak dakwaan dia berhenti dari lakonan, Gambit berkata dia berehat sebentar sahaja kerana sibuk dalam penerbitan rancangan pelancingan bersama penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat. Wah, Apex. Maklumlah orang famous. Mesti ada banyak pelbagai tawaran.

Jika kita ikuti kisah Gambat ini, di antara kontrovesi mengaitkan dirinya adalah tentang bayaran yang diminta. Gambat tetap dengan pendiriannya untuk meminta harga yang bersesuaian.

"Saya ada prinsip tersendiri. Saya demand untuk hasil kerja yang bakat diberikan. Bayaran biarlah berbaloi. Saya fahamlah, ada artis yang tidak kisah tentang bayaran yang diterima tetapi sebenarnya lagi bagus jika seseorang pelakon itu mempunyai standard harga yang sesuai untuk kerja yang dilakukannya."

Gambit ni memegang 'Private Pilot Licence (2011)' , 'Diploma in Mechanical Engineering (2005)' , 'Diploma in Automotive Engineering (2005)' dan punya kerjaya lain. Jadi tiada masalahlah kalau tidak berlakon iya tidak? Tapi menjadi seorang pelakon ni merupakan batu loncatan untuk mendapat nama dan tempat di persada dunia glamor ni.

Jika difikirkan lakonan memang bukannya mudah. Memang memerlukan 100% penumpuan. Lagi-lagi masa menunggu dan berlakon memang tidak memberi ruang untuk membuat perkara-perkara lain. Semuga Gabat terus berlakon dengan baik dan insyaaAllah semua itu rezeki Allah.

OH ARTIS: LUPAKAN KISAH LALU. BUKA CERITA BARU. HURM..KALAU BOLEH JUAL WAJAH SAHAJA DALAM LAKONAN KAN BEST TAPI SAYANGNYA TIDAK!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan