Nuffnang

Rabu, 23 April 2014

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Hans Isaac Sedia Kahwini <b>Neelofa</b> Hujung Tahun Ini? | - Beautifulnara

Posted: 20 Apr 2014 11:18 PM PDT


Oh tidak~~~ Status selebriti pujaan ramai, Neelofa nampaknya akan bertukar daripada "single" kepada "married" pada hujung tahun ini. Berita gembira (mungkin sedih buat yang mahu mengorat Neelofa) disampaikan oleh Hans Isaac yang secara umumnya diketahui sedang bercinta dengan pelakon wanita tersebut. Untuk makluman, tahun ini Hans Isaac berusia 42 tahun sementara Neelofa pula 25 tahun.

hans isaac dan neelofa

Walaupun tidak menyebut nama Neelofa sebagai kekasihnya, kata-kata Hans Isaac ini membayangkan kesediaannya untuk bergelar suami. Kata Hans kepada Mstar Online:-

Saya tidak mahu dedahkan kehidupan peribadi saya kepada umum terutama sekali berkenaan cinta atau kekasih, tetapi saya akui kini sedang menjalani kehidupan yang bahagia. Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,

hans kahwin neelofa

Tak sabar rasanya menanti bulan Disember ini untuk melihat siapakah gadis yang akan bergelar isteri Hans Isaac. Adakah Neelofa seperti yang dijangkakan? Atau ada wanita lain yang bertakhta di hati Hans Isaac? Berdebar-debar pulak jantung ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

P.S: Pesawat MAS 192 pecah tayar hadapan

Baca Yang Ini Pulak:-

Hans Isaac Kahwini <b>Neelofa</b> Hujung Tahun Ini? | ROTIKAYA

Posted: 19 Apr 2014 10:17 PM PDT

Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa.

Namun, ada satu kenyataan Hans Isaac yang dipetik para media menarik perhatian kami. Seperti biasa apabila bertemu dengan penggiat seni ini, soalan tentang hubungan dengan Neelofa pasti menjadi salah satu soalan utama.

Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Ya, lapan bulan dari sekarang.

"Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

"Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial," ujar Hans Isaac kepada portal GUA.

Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain 'kan? (rtky/m)

Related

Tiada ulasan:

Catat Ulasan