Nuffnang

Sabtu, 19 April 2014

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Pesta Songkran: <b>Remy Ishak</b> Harap Peminat Jangan Fikir Negatif <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 07:01 AM PDT

Baru baru ini di laman sosial Instagram pelakon hero Malaya, Remy Ishak telah dihujani beberapa komen negatif selepas dia memuat naik gambar percutiannya di Bangkok, Thailand minggu lalu.

Gambar-gambar percutian yang singkat itu mengundang kemarahan beberapa peminatnya kerana beranggapan bahawa Remy Ishak telah menyambut pesta Songkran dan seolah-seolah dia turut sama meraikan perayaan sambutan tahun baru masyarakat di Thailand itu.

Pelakon itu yang ditemui semasa majlis pelancaran filem CEO di Cathay Cineplex semalam telah memberitahu bahawa dia tidak mengetahui perkara ini telah menjadi isu dan menjelaskan bahawa dia ke sana hanyalah mahu sekadar bercuti melepaskan tekanan dan berehat dan tidak pernah menyangka bahawa ada satu Pesta Songkran yang diraikan masyarakat di sana dan menganggap bahawa ini adalah satu kebetulan.

"Sebenarnya saya tidak pernah pergi ke Pesta Songkran. Ini semua kebetulan apabila saya mahu melepaskan tekanan dan berehat selepas menjalani penggambaran Antara Satu di Langkawi dan Pulau Tioman. Saya fikir ketika itu hanyalah mahu bercuti dan berehat dan mahu bercuti di tempat-tempat yang dekat lalu memilih Bangkok sebagai lokasi percutian singkat selama 5 hari. Kebetulan saya pergi ada pesta Songkran," ujarnya.

Dia memberitahu tidak ada salahnya kerana bukannya meraikan pesta tersebut secara membabi buta tetapi hanyalah secara kebetulan dan dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya masyarakat Asia Tenggara terutamanya.

"Tidak ada salahnya kerana kita lihat negara kita sendiri pelbagai kaum tinggal di bawah satu negara, meraikan pelbagai perayaan dan tradisi. Di sini saya ingin jelaskan bahawa saya seorang penggemar budaya dan mahu mengetahui dengan jelas budaya yang disambut oleh masyarakat Asia beserta warisan yang ada. Saya rasakan di sini peminat tidak perlulah berfikiran negatif dan tidak perlulah perbesarkan isu ini," katanya lagi. (rtky/hfz)


Gambar <b>Remy Ishak</b> Berpesta Air di Bangkok, Thailand

Posted: 15 Apr 2014 10:42 AM PDT

Gambar Remy Ishak Berpesta Air di Bangkok, Thailand | Umum mengetahui, bekalan air di enam daerah iaitu Gombak, Petaling, Klang dan Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor terjejas teruk akibat tindakan catuan air sejak 25 Mac lalu.
Tindakan ini diambil kerana paras air di semua empangan Selangor turun secara mendadak melebihi paras rendah yang dibenarkan disebabkan kesan musim kemarau berpanjangan bulan lepas.
Namun begitu, pelakon kacak, Remy Ishak nampaknya mengambil kesempatan ini dengan menikmati pesta air di Bangkok, Thailand.
Menerusi foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram, Remy kelihatan cukup teruja bermain air bersama warga Thailand dan pelancong sambil menulis caption berbunyi "Tiada catuan. Simbahhhh!!" di salah satu gambarnya yang dimuatnaik beliau di laman Instagram miliknya.

sumber
http://plbgaimacam.blogspot.com/2014/04/gambar-remy-ishak-berpesta-air-di.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan