Adi Putra - Google Blog Search |
Nasha Aziz & <b>Adi Putra</b> Buat Penonton Menangis - Gua.com.my Posted: 11 May 2014 06:35 PM PDT Pujian harus diberikan kepada pengarah, Rosminah Tahir kerana berjaya mengangkat karya agung Allahyarham Prof. Dr. Hamka yang berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK) dengan baik sekali. Tidak dinafikan ada diantara adegan teater berkisar kehebatan cinta yang mendapat tentangan banyak pihak berjaya membuatkan penonton-penonton yang hadir menitiskan air mata dengan dibantu oleh lakonan berkesan teraju utama, Nasha Aziz serta gandingan Adi Putra. Sudah lama tidak beraksi di pentas teater, Nasha berjaya menjiwai watak Zainab yang dibawanya dengan begitu baik sekali. Dia pandai bermain emosi menjiwai wataknya yang mana terhimpit dengan cinta yang tidak kesampaian kerana perbezaan status dan darjat. Walaupun jalan ceritanya agak perlahan jika dibandingkan dengan pementasan teater lain, namun nyata pereka set bijak mengatur peralihan set besar dari satu babak ke babak yang lain memperlihatkan kronologi setiap episod dan ianya berjaya membuai emosi. Selain itu, gerak tari yang diarahkan oleh A. Aris Kadir serta susunan muzik gemersik jiwa yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) juga berjaya membangkitkan rasa duka serta gembira mengikut peralihan babak untuk penonton lebih menghayati pementasan teater ini. DBLK mengisahkan mengenai Hamid dan Zainab yang bersekolah serta membesar bersama seperti adik-beradik apabila keluarga Engku Haji Jaffar yang kaya raya bermurah hati mengambil Hamid sebagai anak angkat. Hamid dan Zainab akhirnya jatuh cinta, namun perasaan itu hanya dipendam dalam hati. Hamid akhirnya membawa diri mengikut jejak kakinya hingga ke Mekah dan bertemu semula dengan sahabat baiknya, Salleh. Kebetulan isteri Salleh merupakan sahabat baik kepada Zainab. Akibat terlalu memendam rasa rindu, Zainab akhirnya menghembuskan nafas terakhir dan Hamid juga turut meninggal dunia seminggu selepas Zainab meninggal dunia. Teater DBLK ini turut dijayakan oleh Zahid Baharudin, Mohd Taufiq Izmir, Elfira Loy, Fizo Omar, Yasmin Hani, Dafi, Dayana Roza, Liza Abdullah, Alina Hassan, Lokman Ghani serta ramai lagi. Teater yang diterbitkan oleh Siti Rohayah Atan selaku pengarah urusan CTRA Production ini dipentaskan di Istana Budaya bermula 9 hingga 18 Mei ini. |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan