Nuffnang

Ahad, 18 Mei 2014

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Dikaitkan Pula Dengan Adam Tun Tuah | - Beautifulnara

Posted: 16 May 2014 05:42 AM PDT


Selaku seorang penyanyi yang masih single, cantik dan muda, pastinya kisah percintaan Shila Amzah menjadi perhatian dan ikutan ramai. Beberapa bulan sebelum ini Abang Nara perhatikan memang tiada gosip-gosip cinta yang timbul kerana Shila begitu fokus dengan kerjayanya. Namun beberapa hari kebelakangan, tup-tup muncul nama Adam Tun Tuah yang dikatakan sedang rapat dengan Shila Amzah.

adam tun tuah shila amzah

Sekali pandang, memang kacak juga Adam Tun Tuah ini. Bila berada di sisi Shila, nampak sepadan. Untuk makluman, Adam merupakan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013. Perkaitan ini ditimbulkan apabil Shila Amzah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.

adam tun tuah shila amzah

Namun menerusi satu gambar di akaun Instagramnya baru-baru ini, Shila telah berkongsi sekeping gambar dengan aksi mencekik yang comel dengan caption "Jangan mengada buat gossip and fitnah..cekik nak?pfffts", .Tidak diketahui pulak sama ada ia ditujukan kepada gosip dirinya dan Adam Tun Tuah. Namun biasalah gosip sebegini kerana status Shila yang masih single mingle.

shila

Kalau betul sedang berkawan, apa salahnya kan? Kalau tak betul pun, gosip seumpama ini hanya membawa makna para peminat ingin melihat Shila Amzah menemui kebahagiaan di samping seorang kekasih. Apa pun, doakanlah yang terbaik buat Shila. Biasalah gosip-gosip nakal sebegini adalah lumrah kehidupan seorang selebriti. Tak gitu?

P.S: Lelaki panah anjing dikecam teruk, anjing itu sudah mati

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan