Nuffnang

Ahad, 18 Mei 2014

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>FASHA SANDHA</b> SAH HAMIL ANAK KEDUA | AMMBOI DOT COM

Posted: 18 Apr 2014 03:47 AM PDT

Baru-baru ini kecoh juga dikalangan peminat Fasha Sandha apabila ada gosip mengatakan pelakon jelita itu kini sudah hamil anak kedua. Ia mula menjadi buah mulut dunia hiburan apabila ada yang mendakwa nampak 'baby bump' dalam beberapa gambar terkini Fasha.

Peminat Fasha mungkin berasa gembira apabila berita kehamilan selebriti pujaan mereka itu akhirnya terjawab. menerusi satu kenyataan dia mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

"Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki," ujar Fasha.

fasha sandha mengandung hamil anak kedua

Untuk rekod, Fasha dan suami, Jejai telah dikurniakan anak sulung, Putra Rayfal, 1, pada 15 April tahun lalu.

Tahniah diucapkan buat Fasha dan Jejai, semoga berita ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan