Arja Lee - Google Blog Search |
Indah AF Nafi <b>Arja Lee</b> Penyebab Kisah Putus Tunang - Gua.com.my Posted: 08 May 2014 10:14 AM PDT Bintang Akademi Fantasia 2013, Indah Ruhaila menafikan dia telah putus tunang dengan jejaka pilihan hatinya baru-baru ini. Menurut pelantun lagu 'Percayalah' itu hubungannya dengan tunang masih baik. "Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya pelik bagaimana cerita ini boleh timbul. Saya risau juga kerana hal ini bukan perkara main-main, ini melibatkan sesuatu hubungan. Hubungan saya bersama dengan tunang adalah baik dan sama sahaja," ujar Indah memula bicara. "Dia tahu mengenai cerita yang diperkatakan orang ini dan saya sudah pun terangkan kepada dia. Kami selalu berhubung menerusi panggilan telefon dan WhatsApp. Dia tidak melenting dan memahami ini adalah sebahagian asam garam dunia hiburan," katanya lagi. Dalam masa yang sama, Indah juga menyangkal pendapat yang mengatakan cerita putus tunangnya itu timbul kerana hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Arja Lee. GUA dimaklumkan sebelum ini, Arja pernah memberi hadiah kepada Indah dan mereka berdua juga dikatakan berteman rapat. "Saya rasa bukan pasal Arja. Kami hanya kawan sahaja. Sewaktu dalam Akademi Fantasia dulu, Arja meminati vokal saya. Tapi sehingga sekarang, saya tidak nafikan hubungan kami berlangsung dengan baik sebagai kawan kerana kami saling berkongsi cerita mengenai dunia hiburan. "Arja telah terlebih dahulu menceburi dunia hiburan dan tahu asam garam dunia hiburan berbanding saya. Jadi, saya selalu bertanyakan padanya mengenai selok belok dunia seni dan dia juga banyak memberi tunjuk ajar. Namun begitu, ingin saya jelaskan sekali lagi yang hubungan saya bersama tunang adalah baik dan sama seperti dahulu," ujar Indah lagi. Dalam pada itu, Indah bakal mempersembahkan lagu hitnya, 'Percayalah' bersama dengan Asmidar di malam kemuncak ABPBH2013 yang bakal berlangsung pada 24 Mei 2014 kelak. Lagu tersebut didendangkan sebagai 'tribute' untuk memperingati tragedi kehilangan pesawat MH370. |
You are subscribed to email updates from Arja Lee - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan