Tiz Zaqyah - Google Blog Search |
<b>Tiz Zaqyah</b> & Hazama Gaduh Dengan Peminat? - Gua.com.my Posted: 07 May 2014 10:55 PM PDT Laman sosial sememangnya boleh menjadi medium buat peminat dan selebriti kegemaran mereka berinteraksi. Namun, ia juga mendatangkan keburukan apabila mereka saling berbalah gara-gara ada peminat yang menegur kesalahan artis tersebut secara terbuka. Ada selebriti yang memilih untuk berdiam diri dan enggan membalas komen negatif daripada peminat. Namun ada juga artis yang lantang bersuara mempertahankan diri. Minggu ini perbalahan Tiz Zaqyah dan Hazama menarik perhatian GUA. Nak tahu apa kesnya? Baca selanjutnya. Hazama Hazama yang kini sedang bercuti ke Boston, Amerika Syarikat telah memuat naik gambarnya di Instagram berpelukan erat dengan teman wanita, Genervie Kam. Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat. Ada yang menganggap ia romantis, ada juga yang mengkritik. Bagaimanapun, Hazama telah membalas komen negatif peminatnya dengan kata sindiran yang berbunyi "Wah... Ramainya org tak berdosa disini.. :)". Tak selesai di situ, kemudian Hazama memuatnaik gambar kakinya dengan keterangan "Haaa mesti tak jadi isu :)". Tiz Zaqyah Pelakon Nur Kasih ini telah mewarnakan keseluruhan rambutnya dengan warna merah. GUA tidak pasti jika tindakannya itu atas tuntutan kerja atau sekadar untuk kepuasan diri, namun perkara itu mendapat perhatian peminat yang risaukan amal ibadah Tiz tidak diterima Allah. GUA yakin Tiz lebih mengetahui kesan atas segala tingkah-lakunya dan atas alasan itu, Tiz telah membalas komen peminatnya yang berbunyi "@_theniii7 ingat mati pasti. Jangan taksub menghakimi luaran org lain sampai amalan baik awak sendiri lupa buat. Jangan leka hakimi org.. Tu je.. @nur_aishah_168". Sama seperti Hazama, Tiz kemudian memuatnaik gambar senireka Masjid Besar Sheikh Zayid di Abu Dhabi dengan keterangan yang berbaur sindiran, "Here I am, with good company, given a chance by Allah to visit some amazing places, when some are you are still busy playing God and judging people. You do the math.. Love from #abudhabi". GUA telah cuba menghubungi kedua-dua pelakon dan penyanyi ini, namun panggilan telefon kepada mereka tidak berjaya memandangkan kedua-duanya berada di luar negara. |
You are subscribed to email updates from Tiz Zaqyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan