Nuffnang

Ahad, 4 Mei 2014

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Tekad Berubah, Enggan Berseksi Lagi

Posted: 23 Feb 2014 04:55 PM PST

Izreen Azminda Tekad Berubah, Enggan Berseksi Lagi | Sejak melahirkan anak sulung, Muhammad Adrian Umar pada 13 Julai 2013, banyak perubahan berlaku dalam hidup Izreen Azminda. Paling ketara, penampilannya juga kian sopan.
Tiada lagi gaun pendek paras lutut mahupun tampil berani dengan baju tanpa lengan. Seboleh mungkin anak jati Kangar, Perlis ini akan memastikan pakaian yang disarung tidak mendedahkan kaki dan dada.

"Sebagai isteri dan ibu, jadi tanggungjawab saya jaga nama baik keluarga. Setiap perkara perlu ada batas lebih-lebih lagi membabitkan penampilan. Tidak dinafikan dulu saya agak seksi tetapi itu cerita lama.

Teguran suami yang tidak suka lihat saya pakai skirt pendek menyedarkan saya. Saya hormat permintaannya supaya saya memakai pakaian yang menutup kaki dan dada. Bila buat rasa selesa, lebih tenang dan selamat.

"Saya sanggup tolak tawaran yang menuntut saya tampil seksi meskipun bayarannya tinggi dan watak utama. Bagi saya, maruah diri dan keluarga lebih penting," katanya.


Kalau pun karakter jahat tak semestinya perlu tampil seksi kerana perlakuan gelap itu boleh disampaikan dengan pelbagai cara.

"Sebelum ini watak jahat sering dikaitkan dengan penampilan seksi walhal tak semestinya begitu. Ada banyak cara untuk menampakkan kita jahat antaranya, mimik muka dan bahasa tubuh," katany. Izreen turut berkongsi rasa bersyukur kerana masih dapat bertahan hingga ke hari ini.

Selepas lapan tahun mencari tapak mencipta nama, sudah sampai masanya untuk dikenali sebagai pelakon versatil yang mana tidak lagi terikat dengan watak gelap semata-mata. Ia bersesuaian dengan statusnya yang sudah berumah tangga.

Watak yang dipilih akan dipastikan tidak menyinggung perasaan suami dan keluarga mentua.


"Sejak menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2013, ramai mula buka mata dengan tawarkan saya pelbagai watak.

Saya tidak lagi terikat dengan watak gelap sebaliknya ada banyak pilihan depan mata. "2014 permulaan baik untuk saya dikenali sebagai pelakon versatil.

Pun begitu, sesekali rindu juga bawa watak jahat apatah lagi nama saya naik dengan karakter sebegitu," katanya.

Artikel Menarik 

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Engganseksilagi/MA/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan