Nuffnang

Isnin, 26 Mei 2014

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


Kontroversi <b>Zul Huzaimy</b> Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2014 01:21 PM PDT

Zul Huzaimy Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang?  |  Kira-kira tiga tahun lalu, kisah perceraian Zul Huzaimy dan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad menjadi isu utama di dada-dada akhbar.

Mana taknya, pada ketika itu timbul spekulasi mengatakan bahawa Zul sanggup menceraikan isterinya hanya kerana tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.

Pernah mengakui bahawa dirinya sunyi selepas berpisah, terkini menerima dua keping foto pelakon kacak itu bersama seorang wanita yang dipercayai teman istimewanya.

zul huzaimy 1 Kontroversi Zul Huzaimy Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang?
Menerusi laman Instagram milik Zul, pelakon tersebut juga dilihat turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita itu dengan panggilan sayang.

Seperti biasa, pastinya akan timbul gosip bila sudah bergelar artis, kan? Namun, apa yang tak sedap didengar apabila sumber-sumber memberitahu bahawa wanita berusia 28 tahun itu khabarnya masih berstatus isteri orang.

Dua keping foto Zul Huzaimy bersama teman wanitanya yang didakwa masih berstatus isteri orang

Sumber turut memaklumkan wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga merupakan seorang pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta.

Zul Huzaimy dan teman wanita 1 Kontroversi Zul Huzaimy Kini Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang?
Dan sehingga kini, kami masih gagal menghubungi pihak Zul Huzaimy. Rasanya lebih elok sekiranya Zul sendiri yang tampil untuk membuat penjelasan mengenai hubungannya dan status sebenar wanita cantik itu.

Baguslah jika Zul sudah jumpa dengan pengganti dan pengisi hati, harapnya isu yang timbul ini hanya khabar angin semata-mata. -OhBulan-

Tiada ulasan:

Catat Komen