Nuffnang

Isnin, 2 Jun 2014

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Termakan Coklat Mengandungi DNA Babi? | Sensasi <b>...</b>

Posted: 27 May 2014 10:42 AM PDT

Farid Kamil Termakan Coklat Mengandungi DNA Babi?  |   Cukup Panas Isu Coklat Cadbury ini, difahamkan sudah berjuta Umat Islam Makan Coklat mengandungi BABI dan kini JAKIM baru nak bertindak? Apakah sebelum ini JAKIM makan gaji buta? Apakah pendapat anda? Ikuti selanjutnya:-

"Kami telah menerima komen daripada pelbagai pihak dalam perkara ini dan kami juga turut peka akan seruan masyarakat Islam untuk penyelesaian".

Itu luahan syarikat Cadbury Malaysia berikutan isu coklat syarikat itu dikesan pihak berkuasa mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) baru-baru ini.

Pendedahan itu menyebabkan orang ramai termasuk badan bukan kerajaan (NGO) mengecam syarikat tersebut termasuk menggesa umat Islam tidak lagi membeli produk tertentu Cadbury.

Ketua Unit Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran turut memaklumkan, Cadbury Malaysia sedang memberi tumpuan penuh terhadap penyiasatan kes itu.

"Semua sumber kami ke arah penyiasatan yang sedang berlangsung. Kami juga turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim dalam memastikan produk kami mematuhi garis panduan halal," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Zalina berkata, Jakim dalam proses menjalankan ujian ke atas produk Cadbury dan akan mengumumkan keputusan itu sebaik sahaja memperoleh maklumat.

"Sehingga itu, kami tidak dapat memberikan komen lanjut. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang berusaha penuh untuk menangani isu ini secepat mungkin," katanya.


Ps: Persoalannya sekarang sejak bilakah Coklat Cadbury yang mengandungi DNA Babi ini telah tersebar di pasaran? Adakah 3 tahun yang lepas, 2 tahun, atau selepas mendapat sijil HALAL? Ini penuh dengan tandanya, mangsanya adalah mereka yang beragama islam tidak kiralah anda dari golongan artis mahupun rakyat biasa. Lepas nie penulis sure boikot Cadbury ini. Kecuaian seperti ini tidak patut berlaku lebih lebih lagi makanan yang dilarang untuk kita makan!

BOIKOT CADBURY UNTUK MENYOKONG SOKONGAN ANDA!

- sumber -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan