Nuffnang

Isnin, 2 Jun 2014

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Diceraikan Suami Di Lokasi Penggambaran | Oh <b>...</b>

Posted: 20 May 2014 07:48 PM PDT

ohmedia-izreen-azminda

Macam-macam yang kita dengar tentang rumahtangga artis ni. Boleh dikatakan orang ramai pun dah naik jelak sebab lepas satu, satu lagi. Perkahwinan ni ibarat membina sebuah masjid. Jadi bila dah bina masjid tu, perlulah faham tanggungjawab masing-masing untuk mengharmonikan masjid yang dah dibina.

Laporan akhbar hari ini berkenaan pelakon, Izreen Azminda yang diceraikan suaminya, Muhammad Riza di lokasi penggambaran di Penang beberapa hari lalu. Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata. Muhammad Riza pernah berkahwin sebelum ini dengan bekas isteri Badrul Muhayat.

ohartis-izreen

BACA: (Tahniah) Izreen Azminda Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Kejadian yang berlaku pada 16 Mei itu, Izreen Azminda diceraikan dihadapan kru dan para pelakon lain yang turut berada di lokasi penggambaran. Muhamad Riza dikatakan memandu dari ibu kota untuk bertemu dengan isterinya di situ dan sesampainya di sana, pertengkaran kecil telah berlaku sebelum Izreen Azminda diceraikan.


* kredit keratan akhbar dari forum CARI

Izreen Azminda sendiri telahpun mengesahkan yang perkahwinan mereka telah berakhir dan pasrah dengan takdir yang ditetapkan untuk dirinya.

"Ya, kami sudah tiada apa apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini," ujar Izreen Azminda apabila diminta mengulas tentang berita ini.

OHMEDIA: HIDUP BERUMAHTANGGA NI JIKA ADA MASALAH BERBINCANG DENGAN BAIK. JIKA INGIN BERPISAH PUN, BERPISAHLAH DENGAN BAIK. AMBIL CARA BAIK, PULANG CARA BAIK KATA ORANG TUA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan