Nuffnang

Sabtu, 14 Januari 2012

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


HIBURAN SANA SINI: <b>NUR FATHIA</b> TETAP MENYERLAH

Posted: 26 Dec 2011 10:38 AM PST


Nur Fathia tetap menyerlah. Biarpun kehadirannya di arena seni lebih banyak dilingkari cerita negatif, usah pandang sepi kepadanya kerana ia antara paling menyerlah tahun ini. Nur Fathia Abd Latiff sudah boleh berbangga dengan pencapaiannya cemerlangnya setakat ini.

Nur Fathia tetap menyerlah. Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Undang-Undang yang cantik, berbakat dan bijak ini menjadi rebutan kebanyakan pengarah yang mahukan daya penarik dalam produksi mereka masing-masing. Anak jati Pulau Mutiara ini membintangi filem Al-Hijab, Nasi Lemak 2.0, drama Nur Kasih, Musang Berjanggut, Dea Sofia, Laila Asyikin, Hani dan Stanza Cinta.

Berdasarkan pencapaian memberangsang dalam setiap lakonan yang dimainkan ternyata berkat kesabaran dalam menangkis segala gosip yang sentiasa menyelubungi adalah sebenarnya berhasil. Nur fathia tetap menyerlah di kala dirinya semakin diburu bukan sahaja oleh media tetapi juga oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang mahu memusnahkan kariernya.

Nur Fathia tetap menyerlah
picture credited to google

Full content generated by Get Full RSS.

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Foto Latihan Lagak Ngeri <b>Farid Kamil</b> Di Australia Stunt Academy <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2011 08:47 PM PST

Sebelum ini, kehilangan Farid Kamil selama beberapa bulan telah terjawab apabila dia mendedahkan sebenarnya dia pergi ke sebuah akademi stunt di Australia.

Sebagai seorang pengarah muda dan juga pelakon muda yang berbakat, Farid Kamil ingin membuat satu pendekatan baharu untuk memajukan industri filem negara. Dengan menyertai Australia Stunt Academy, pelakon yang popular dengan filem "Remp-it" ini ingin memajukan lagi skill-skill dan seni lagak ngeri dalam sesebuah filem yang jarang dititikberatkan oleh pengarah filem tempatan.

Semuanya bermula apabila saya terlibat dengan lagak ngeri terutama dalam filem Apokalips X arahan Mamat Khalid. Sebelum itu juga sewaktu saya mengarahkan Sam dalam filem Kongsi. Saya hanya boleh beri arahan tanpa tahu sesebuah lagak ngeri secara terperinci. – dipetik dari Kosmo! Online.

Gambar yang diambil dari FaridKamil.com ini adalah sebahagian dari beberapa babak latihan Farid Kamil berlari sambil memegang pistol dan latihan drift ketika menuntut di akademi tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


Usher in the New Year with <b>Mizz Nina</b> and others | kini.my

Posted: 16 Dec 2011 09:03 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Usher in the New Year with Mizz Nina and others. New year's eve is around the corner and you may want to spend it watching Mizz Nina and other hip and happening local acts. Tags: Happenings · No Comments » ...

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search

Azlan &amp; The Typewriter - Google Blog Search


(Tahniah) <b>Azlan Typewriter</b> Kini Bergelar Ayah | Oh! Artis | Dunia <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 08:35 PM PST

perfumeberry

vimax

rahsiarumah

eriesya

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share


Tahniah kepada Lan atau nama sebenarnya Norazlan Rosle (Bekas penyanyi Meet Uncle Hussain) dan kini bersama kumpulan Azlan and the Typewriter kerana sudah menjadi seorang ayah. Lan, 29 dan Normala, 29, telah diijabkabulkan pada 2 Januari 2011 di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.

Seorang bayi perempuan dilahirkan jam 9.03 malam,28 Disember 2011 tempohari. Laurra Lutfea dilahirkan secara normal di Hospital Lourdes, Sentul, dengan berat 2.8 kilogram. Kelahiran bayi sulung mereka telah disaksikan sendiri oleh Lan. Oh Artis mengesyorkan supaya ayah bersama ibu semasa kelahiran , baru terkesan di hati betapa hebat pengorbanan si isteri tu.

Jom ikuti apa komen Azlan

"Sejak melihat 'keseksaan' isteri saya melahirkan Lutfea, barulah saya sedar pengorbanan seorang ibu begitu besar nilainya. Saya bersyukur kerana isteri boleh bergerak dengan selesa selepas sembilan bulan mengandungkan anak perempuan kami. Cuma selepas sehari bersalin, dia sakit demam panas pula. Sepanjang empat hari bergelar bapa, perasaan seronok untuk menjaga Lutfea membuak-buak. Ini pun dah berapa malam saya tak cukup tidur. Harapan saya supaya Lutfea tidak mengikut jejak langkahnya menjadi penyanyi mahupun pelakon."

"Saya harap, dengan latar belakang keluarga saya yang kuat agama, mereka dapat membantu saya dan isteri mendidik Lutfea. Saya juga berharap supaya Lutfea meminati profesion lain tetapi terpaksa akur jika kerjaya muzik nanti menjadi pilihannya. Apapun, saya percaya, personaliti, karakter dan minat seseorang itu datang daripada asuhan ibu bapa mereka sejak kecil. Semoga kami dapat membimbingnya ke arah yang betul, Insya-Allah," tegasnya Lan.

OH ARTIS : MURNI DAN BAGUS IMPIAN DAN HARAPAN LAN UNTUK ANAK PEREMPUANNYA. YE LAH, TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK PEREMPUAN LEBIH TINGGI BERBANDING LELAKI. AMIN KAMI JAWAB ATAS DOA DAN IMPIAN ANDA, LAN. TAHNIAH!

Full content generated by Get Full RSS.

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


<b>Siti Nordiana</b> Hapus Dendam | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 06 Jan 2011 06:18 PM PST

PETALING JAYA, 7 Jan Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop,33, mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid, 27.

Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Bagaimanapun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari lalu, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.

"Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia (Rosmunira) dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.

Rosmunira (kiri) menyiram air mawar di pusara arwah suaminya yang meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

"Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar," ujarnya ketika dihubungi media

Pelakon Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.

Siti Nordiana berkata, hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka.

"Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain.

Faizal Yusof

"Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini.

"Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham meminta mereka berdua agar berbaik.

"Rosmunira ada beritahu saya sebelum meninggal dunia, Faizal pernah banyak kali meminta agar kami dapat berbaik dan tidak lagi berdendam," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang riak wajahnya yang dikatakan kelihatan seolah-olah tidak begitu sedih pada hari kematian tersebut, dia memberitahu tidak mampu untuk menangis lagi.

"Saya sangat sedih sehinggakan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata. Ketika Allahyarham nazak saya berada di sisinya. Namun begitu saya juga tidak mahu anak saya lihat saya terus berkeadaan begitu.

"Rayyan sendiri bertanya kepada saya mengapa semua menangis di hadapan ayahnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


MY PHOTO story: <b>Aaron Aziz</b>.

Posted: 13 Jan 2012 08:00 PM PST

Do you think he' s handsome?
Aaron Aziz. Full content generated by Get Full RSS.

I am a wife to HIM and a mother to Tasya & Ryan.: Redha itu Ikhlas <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 10:45 PM PST

Before i begin with this entry, i would like to say, the title above langsung tade kena mengena with the entry kat bawah ni.... i'm soooo into Ombak Winduu.....

Its been days since i wanted to blog. Time is so limited these days. When i complain to my beloved brother and sister, they will say 'Welcome to the working World'... hahaha.. gosh, as much as they annoy me, but i have to say, i love them to bits.

Well 2012 is a big year for me. I'm gonna be missing my twenties and i have 5 months more to hit the thirties, yeah yeah, some people who like you, will say, 'age is only a number lah'... yeah memang lah number but the true fact is, is i'm gonna be 30... Thank God, i still look like 20 years old or maybe 18!! ngeh ngeh...

At the end of 2011, i was offered a new job. Without thinking twice i accepted it. Syukur Alhamdullillah things are turning out great. As much as like my new job, but sometimes i miss my babies at home, there are times i come home and both of them are asleep. I guess this is the sacrifices i have to make. I reckon Allah has his plans for me, InsyaAllah.

Tasya has started her 2nd year in Qdees. She's so excited going to school. Ryan hasn't not started school yet, so he's still busy acting dramas.. eh salah, busy playing toyss.... hehehe.

Herm, as for my dearest hubby, biase lah bz with work, business and busy entertaining me and kids. Thanks pa for always being there for all of us even your soooo bz with work. Thanks sebab layan me to watch Ombak Rindu at home, and when u saw me crying u said 'Sayang, tu kan pokok and burung jer, why are u crying'...chetttttt terus i laugh. why paaaa whyyyyyy!!! hahaha.. anyways ade a few sources told me that hubby looks like Aaron Aziz.. hahaha.. ya mehhh?? erm, i must be very lucky then... kekekeke..

ps: my working out has paid off...yeahhhh! i'm liking 2012, Ombak dan batu ni lah yang menjadi saksi... (hahaha, tade kena mengena pun Ombak and Batu, i just picked it off the ombak rindu movie)

Ni lah Aaron Aziz Junior....heheheheh

Full content generated by Get Full RSS.

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


Isteri Tak Kisah <b>Zul Handy Black</b> Lakon Aksi Bogel

Posted: 12 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel syafiqah_jalal@digitalfive.com

KUALA KUMPUR, 12 JANUARI 2012: Selepas mengundang kontroversi dengan aksi berbogel dalam filem Mantra, pelakon Zul Suphian atau Zul Handy Black kini mencabar lakonannya dengan aksi menghairahkan sambil berpakaian separuh bogel dalam filem terbarunya, Keramat.

Bukan sengaja untuk mengundang kontroversi, tetapi menurut Zul Handy Black apa yang dilakukan demi memenuhi kepuasan penonton selain permintaan pengarah filem seram terbitan Metrowealth (MIG) itu.

"Terus-terang, saya terasa malu untuk melakukan adengan digoda oleh pelakon Diana Amir dan Mon Ryanti ketika masing-masing berkemban.

"Alhamdulilah, saya dapat mengawal iman saya ketika itu. Cuma susah untuk saya sampaikan kepada penonton yang saya seperti tergoda kerana sebaliknya tidak.

"Berbeza dengan Mantra, kali ini saya tidak lagi berbogel tetapi hanya bertuala sambil digoda dengan aksi ghairah mereka berdua.

"Namun semua itu saya lakukan hanya di atas kehendak pengarah dan saya cuma sampaikannya supaya penonton dapat gambaran yang jelas,"katanya selepas prebiu filem Keramat di MBO Subang Parade, baru-baru ini.

Diarahkan oleh pengarah Azahari Zain, filem Keramat mula ditayangkan hari ini panggung wayang seluruh negara.

Sebelum ini, aksi berani Zul berbogel dalam filem Mantra telah mendapat kecaman dari penonton.

Meskipun sukar untuk membuat penonton terima dengan aksi berani yang dilakukannya, namun Zul bersyukur kerana isterinya sendiri bukan sahaja bersikap terbuka malah sentiasa menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Biarpun ada yang tidak boleh terima dengan aksi berbogel saya, namun selepas ini saya masih tetap tidak akan menolak jika ada mana-mana filem meminta saya untuk melakukan aksi sebegini.

"Saya cuma tak mahu play safe sahaja bila berlakon kerana saya sukakan cabaran.

"Alhamdulilah, isteri saya orang yang sangat menyokong saya dari semua sudut. Malah dia tidak kisah jika dikehendaki saya berbogel sekali lagi,"luahnya.

Selain Zul, Diana Amir dan Mon Ryanti, filem seram Keramat turut ibintangi oleh Rebecca Nur islam, Putri Mardiana dan Hairul Azreen.

Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Selangor itu, mengisahkan mengenai pasangan yang baru berkahwin yang telah didatangi dengan gangguan dan misteri dari tongkat keramat.

Full content generated by Get Full RSS.