Nuffnang

Sabtu, 14 Januari 2012

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


Isteri Tak Kisah <b>Zul Handy Black</b> Lakon Aksi Bogel

Posted: 12 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel syafiqah_jalal@digitalfive.com

KUALA KUMPUR, 12 JANUARI 2012: Selepas mengundang kontroversi dengan aksi berbogel dalam filem Mantra, pelakon Zul Suphian atau Zul Handy Black kini mencabar lakonannya dengan aksi menghairahkan sambil berpakaian separuh bogel dalam filem terbarunya, Keramat.

Bukan sengaja untuk mengundang kontroversi, tetapi menurut Zul Handy Black apa yang dilakukan demi memenuhi kepuasan penonton selain permintaan pengarah filem seram terbitan Metrowealth (MIG) itu.

"Terus-terang, saya terasa malu untuk melakukan adengan digoda oleh pelakon Diana Amir dan Mon Ryanti ketika masing-masing berkemban.

"Alhamdulilah, saya dapat mengawal iman saya ketika itu. Cuma susah untuk saya sampaikan kepada penonton yang saya seperti tergoda kerana sebaliknya tidak.

"Berbeza dengan Mantra, kali ini saya tidak lagi berbogel tetapi hanya bertuala sambil digoda dengan aksi ghairah mereka berdua.

"Namun semua itu saya lakukan hanya di atas kehendak pengarah dan saya cuma sampaikannya supaya penonton dapat gambaran yang jelas,"katanya selepas prebiu filem Keramat di MBO Subang Parade, baru-baru ini.

Diarahkan oleh pengarah Azahari Zain, filem Keramat mula ditayangkan hari ini panggung wayang seluruh negara.

Sebelum ini, aksi berani Zul berbogel dalam filem Mantra telah mendapat kecaman dari penonton.

Meskipun sukar untuk membuat penonton terima dengan aksi berani yang dilakukannya, namun Zul bersyukur kerana isterinya sendiri bukan sahaja bersikap terbuka malah sentiasa menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Biarpun ada yang tidak boleh terima dengan aksi berbogel saya, namun selepas ini saya masih tetap tidak akan menolak jika ada mana-mana filem meminta saya untuk melakukan aksi sebegini.

"Saya cuma tak mahu play safe sahaja bila berlakon kerana saya sukakan cabaran.

"Alhamdulilah, isteri saya orang yang sangat menyokong saya dari semua sudut. Malah dia tidak kisah jika dikehendaki saya berbogel sekali lagi,"luahnya.

Selain Zul, Diana Amir dan Mon Ryanti, filem seram Keramat turut ibintangi oleh Rebecca Nur islam, Putri Mardiana dan Hairul Azreen.

Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Selangor itu, mengisahkan mengenai pasangan yang baru berkahwin yang telah didatangi dengan gangguan dan misteri dari tongkat keramat.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan