Nuffnang

Selasa, 14 Februari 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Pilih Kasih 3 - Fauziah Nawi Teruja, <b>Rosyam Nor</b> Kecewa.

Posted: 05 Feb 2012 02:58 PM PST

alt

 

Pentas Pilih Kasih Musim Ketiga (PK3) dengan persembahan yang memberansangkan dari kesemua 16 artis pada malam tadi. Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad turut bergema dengan sorakan dan sokongan para penonton yang hadir terhadap artis-artis kegemaran masing-masing.

 

alt

 

Reaksi sama dipuji beberapa peminat melalui laman sosial Twitter dan Facebook yang menjelaskan kesemua artis dilihat bersaing dan mempunyai bakat semulajadi yang mampu digilap untuk pamer dengan lebih berkesan pada Minggu seterusnya. Antara Persembahan yang mendapat perhatian adalah menerusi slot 'Teater' berjudul Maulud Di Andasuka yang bertemakan sambutan Maulidul Rasul.

 

alt

 

Namun reaksi berbeza diberikan terhadap Rosyam Nor pada sessi komen para juri tetap yang agak kecewa dengan beberapa elemen persembahan terutamanya monolog yang tidak mampu dihasilkan dengan lebih berkesan untuk dipersembahkan dengan gaya terbaik buat penonton. Kenyataan Rosyam itu juga merupakan hasil penelitian bersama gandingan 2 juri tetap iaitu Erra Fazira dan Umie Aida.

 

alt

 

Ketika ditemui, kesemua artis menjelaskan komen para juri telah memberi cabaran buat mereka lantas akan lebih bekerja keras agar bakat mereka dapat diasah dengan lebih berpotensi dengan gandingan tenaga pengajar berpengalaman besar dalam industri bidang lakonan.

 

Rosyam dalam sessi temuramah bersama wartawan KLpos baru-baru ini menjanjikan tiada sebarang penyingkiran bakal dilakukan pada Minggu Pertama bagi memberi peluang kepada para artis PK3 menonjolkan bakat dengan lebih bermutu pada Minggu berikutnya. [VIDEO DISINI]

 

alt

 

Mereka juga tidak menafikan bahawa komen yang diberikan dari salah seorang tenaga pengajar iaitu Fauziah Nawi juga memberi semangat baru buat kesemua 16 artis untuk tampil beraksi lebih cemerlang pada Minggu Kedua sebelum menghadapi penyingkiran pertama.

 

Pelakon berpengalaman meluas yang sinonim dengan gelaran 'Ibu Fauziah' itu membarisi tenaga pengajar PK 3 yang antara lainnya termasuklah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Erma Fatima dan Hamzah Tahir.

 

alt

Pentas PK 3 yang dihoskan Selebriti Reza Mohamad ini telah berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan dan juga disiarkan secara langsung di Stesen RTM TV2. 

 

Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 16 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI NAMA ARTIS dan hantar ke 33199.

 

 

Berikut merupakan persembahan kesemua 16 artis PK3 pada Minggu Pertama.

 

DRAMA

Tajuk : Konspirasi Cinta

MONOLOG

1.    Ai Iqmal – Selamat Tinggal
2.    Jalius Jaibin – Siapa
3.    Hakim Yazid – Tunggu
4.    Heri Aszmo – Tertinggal
5.    Fareth Agang – Sesat
6.    Nizen Ayob – Parah
7.    Yizee Ariff – Tak Sabar
8.    Airil Reffa – Lambaian
9.    Aada Zara – Baru Balik
10.    Naqia Nasution – Salah Gate
11.    Hiera Hasan – Memori Indah
12.    Miza Azura – Syukur
13.    Sura Sojangi – Hasrat
14.    Theera Alias – Bawa Bertenang
15.    Marina Jose – Hilang
16.    Reen Rahim - Hati   
 

TEATER

Tajuk : Maulud Di Andasuka

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Umie Aida dan <b>Erra Fazira</b> Bakal Rakam Single

Posted: 19 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh: zyzamani

Email: zyzamani22@gmail.com
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2012: Mahu bergandingan bersama dan menjadikan kolaborasi tersebut sebagai satu kenangan indah buat persahabatan mereka, jelas aktres jelita, Datin Paduka Umie Aida, dia dan Erra Fazira bakal merakamkan single duet tidak lama lagi.

Merupakan kerjasama khas mereka berdua, kata Umie Aida, single tersebut juga akan dijadikan lagu tema untuk drama terbitan syarikat mereka, Frensis.

"Saya akan merakamkan single duet bersama dia (Erra Fazira) tidak lama lagi. Kerjasama tersebut juga merupakan hadiah buat peminat kami selama ini.

"Single itu juga akan dijadikan lagu tema buat drama terbitan syarikat kami kelak. InsyaAllah kami akan merakamkannya pada tahun ini cuma masanya saja yang belum boleh diberitahu lagi," katanya kepada portal murai.com.my.

Mahu merahsiakan genre muzik yang bakal dirakamkan, Umie Aida berkata, aktiviti seninya tahun ini padat seperti tahun sebelumnya bagaimanapun berharap agar segala perancangan akan dapat dilaksanakan.

Katanya, dia bakal memasuki lokasi penggambaran drama bersiri Kekasihku Seri Kepada Waris tidak lama lagi.

"Ada banyak perancangan untuk tahun ini dan biarlah semuanya dirahsia lagi. Kalau diberitahu sekarang nanti tiada kejutan pula. Tetapi selepas ini, saya akan menjalani penggambaran drama bersiri Kekasihku Seru Kepada Waris," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Umie Aida, sempena tahun baru ini, dia berazam mahu melakukan aktiviti kemasyarakatan yang telah lama diidamkannya.

"Kalau boleh, tahun ini saya mahu buat aktiviti yang bermanfaat dan boleh dikongsi bersama masyarakat. Saya mahu aktiviti itu kelak memberi kebaikan kepada semua pihak,"katanya penuh pengertian.

<b>Erra Fazira</b> di Pameran Best of Bridal Lifestyle Singapura | Sensasi <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 06:03 PM PST

Sekali sekala singgah bertandang di bumi Singapura, penyanyi Erra Fazira dikerumuni oleh ramai media di sana. Baru-baru ini, pada 21 Januari 2012, Erra Fazira telah dijemput untuk menghiburkan orang Singapura di Pameran Best of Bridal Lifestyle & Fiesta Indonesia 2012 di Singapura Expo.

Oh ya, ini membuktikan Erra Fazira tidak pupus popularitinya. Malah, permintaan untuk persembahan semakin membuka pintu rezeki buat beliau. Semasa event ini, Erra Fazira turut bermurah hati menyumbang secara peribadi dan melelong barangan peribadi untuk sebahagian usaha mengumpul dana bagi pembangunan semula Masjid Al-Ansar di Bedok North.

Membuktikan beliau memang suka buat amal secara dian-diam tanpa menghebohkan kepada media. Semoga rezeki Erra Fazira dimurahkan.

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Erra Fazira Diraikan Erra Arts Club
  • Gambar Erra Fazira Serba Ungu di Red Carpet FFM23
  • Gambar Erra Fazira di Fashion Show Raya 5Stars
  • Gambar Fesyen Erra Fazira Rekaan Hatta Dolmat
  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Photo of The Day: Erra Fazira Ajar Bola Sepak?
  • Gambar Erra Fazira di Green Cheongsam Showcase The Weld
  • Erra Fazira Hamil Anak Pertama?
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • <b>Erra Fazira</b> Terkilan Dengan Salma

    Posted: 26 Jan 2012 04:00 AM PST

    berita | Tempatan

    Teks oleh Syafiqah Jalal

    Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

    KUALA LUMPUR, 26 JANUARI2012: Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira akui terkilan melihat perjalanan kerjaya nyanyian bekas protegenya dalam program realiti Mentor musim kelima, Salma atau Salmah A. Asis yang agak perlahan selepas menjuarai program tersebut.

    Malah, dia berkata Salma sepatutnya berjumpa dengan orang yang tepat untuk membawanya melangkah jauh serta mengatur kerjaya juga namanya yang sudah dibina sejak menjuarai Mentor musim kelima itu.

    "Selepas sahaja habis Mentor 5, saya ada menawarkan diri untuk membantunya serta menguruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun Salma menolak kerana mahu membawa haluan sendiri.

    "Tapi sehingga kini, saya agak kecewa apabila melihat keadaanya yang masih terumbang-ambing membawa haluan diri sendiri dalam bidang ini.

    "Sayang juga dengan nama yang telah ditempanya sebagai seorang juara. Bagi saya, juara bukanlah tiket untuk dia berjaya dalam bidang nyanyian kerana dia perlu banyak usaha lagi untuk kekal dalam indusrti ini.

    "Saya pasti dia boleh pergi jauh jika dia dapat berjumpa dan dibawa oleh orang yang benar-benar tahu mengenai selok-belok industri muzik ini.

    "Walau bagaimanapun, sebagai bekas mentornya saya masih lagi terbuka untuk membantu sekiranya dia meminta pertolongan daripada saya," katanya selepas sidang media Pilih Kasih 3, petang semalam.

    Selepas menjuarai Mentor 5, Salma membuat keputusan untuk tidak mengambil mana-mana pengurus untuk mengurus kerjayanya sebaliknya bergerak sendiri.

    Sungguh pun begitu, Erra Fazira masih berharap agar Salma lebih bijak mengatur kerjayanya dalam bidang nyanyian supaya dia berpeluang kekal lama dalam industri sebaris dengan artis realiti yang sudah berjaya lain.

    "Saya lihat Salma masih mencari identitinya sendiri. Saya takut dia tersalah memilih identiti atau genre muzik untuk dipersembahkan.

    "Saya tahu, dia sukakan muzik rock dan cuba untuk membawa identiti rock. Tapi sayang orang lebih suka melihatnya membawakan lagu pop dan balada.

    "Tidak salah memilih genre muzik yang kita suka. Tetapi apa yang penting untuk bertapak dalam industri muzik, pertama sekali dia perlulah mengutamakan kemahuan peminat pada waktu itu.

    "Bila kita sudah benar-benar dapat menempa nama dalam idusrti, barulah seseorang artis itu berpeluang untuk memilih muzik yang dia suka kerana waktu itu dia sudah ada pengikutnya sendiri," luah Erra Fazira lagi.

    Erra Fazira yang selesa bergerak sebagai juri bakal menjadi pembimbing dan juri untuk program realiti Pilih Kasih musim ketiga bersama penerbitanya, Rosyam Nor.

    Elly Mazlein - Google Blog Search

    Elly Mazlein - Google Blog Search


    <b>Elly Mazlein</b> Bertunang! | Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia <b>...</b>

    Posted: 29 May 2011 02:09 AM PDT

    By Melodi

    Posted on 29 May 2011 at 5:09pm

    Kongsi di FB

    Penyanyi dan pelakon gerak khas Elly mazlein telahpun selamat bertunang dengan seorang duda beranak dua, Azmi. Beliau mempunyai dua anak iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu. Yang menariknya, Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort. Memang unik sekali majlis pertunangan dia kan. Elly ni berkenalan dengan azmi melalui seorang rakan pada sekitar tahu 2009 dan azmi melamar elly pada Februari lalu.

    elly mazlein bertunang Elly Mazlein Bertunang!

    elly mazlein bertunang1 Elly Mazlein Bertunang!

    Kami harap Elly bahagia ke akhir hayat, jangan jadi seperti artis lain yang berkahwin bukan main serba serbi indah tapi 2 3 bulan kahwin, dah bergoyang. Tahniah elly dan azmi.

    Incoming search terms:

    lg share en Elly Mazlein Bertunang!

    Post Lain Yang Patut Dibaca

    Read Also

    Nora Danish - Google Blog Search

    Nora Danish - Google Blog Search


    <b>NORA DANISH</b> KEMARUK CARI KEKASIH?

    Posted: 07 Feb 2012 08:00 PM PST

    No of View :98
    Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

    PELAKON cantik manis Nora Danish Mohd Hanif, 29, sering sahaja berdepan dengan gosip-gosip nakal mengenai kisah peribadinya. Ada sahaja yang ingin menyelak diari kehidupan ibu tunggal jelita itu sejak dia bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, pada tanggal 12 Ogos 2008.

    Satu persatu gosip mengenai dirinya keluar di dada akhbar. Daripada cerita mengenai bekas suaminya Jejai menghadiahkannya kereta mewah baru-baru ini, gosip percintaannya dengan kerabat yang berasal dari Terengganu dan terkini dengan pemain bola sepak kacak Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23.

    Wartawan  berjaya menghubungi Nora Danish semalam dan seterusnya merungkai segala gosip yang membelenggu diri ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu.

     Baru-baru ini timbul cerita mengenai Nora Danish dan Apek saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook. Malah, Nora juga pernah bertemu dan berkenalan dengan Apek? Benarkah?

    NORA: Selepas gosip itu keluar saya menerima terlalu banyak mesej dan panggilan bertanyakan hal saya dan Apek. Saya terkilan kerana berita mengenai saya dan Apek saling berkenalan dan pernah bertemu sama sekali tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus. Saya simpati dengan nasib Apek kerana sering dikaitkan dengan ramai wanita termasuk diri saya sedangkan perkara tersebut tidak benar.

    Kenapa Nora cakap berita mengenai Apek dengan beberapa wanita yang pernah muncul di dada-dada akhbar tidak benar? Adakah Nora benar-benar mengenali Apek?

    Satu persatu cerita mengenai dia dengan wanita itu dan ini timbul. Selepas itu, timbul kenyataan wanita atau Apek menafikannya. Nampak sangat cerita itu tidak benar dan ada orang yang cuba menjatuhkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak Malaysia.

    Jadi, bagaimana gosip mengenai Nora dan Apek boleh timbul jika ia tidak benar?

    Orang yang menulis atau yang menyebarkan cerita itu sengaja mereka-reka cerita. Malah, mereka tidak pernah tanya saya sendiri mengenai perkara itu. Saya jarang tengok perlawanan bola sepak tetapi bila saya tengok perlawanan sengit dan hebat Malaysia menentang Indonesia saya terus minat. Daripada situ, saya mula kenal Apek dan Safee Sali sebagai pemain bola sepak yang bagus. Selepas itu, saya ada tulis Tweet mengenai dua pemain itu. Malah, pernah pergi bersama teman-teman menonton perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura pada 28 Julai lalu. Mungkin, daripada situ mereka mula menyebar cerita sedangkan saya dan Apek tidak pernah berkenalan dan bertemu.

    Selain cerita itu, baru-baru ini Kosmo! dapat tahu Jejai ada membeli sebuah kereta mewah untuk Nora. Benarkah?

    Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

    Dapatkan info terkini dengan klik link ini

    Ini juga cerita yang tidak benar sama sekali. Saya tidak menerima kereta mewah daripada dia (Jejai). Memang kami masih berhubung dan hubungan kami rapat walaupun sudah bercerai. Jadi, saya ada minta pandangannya mengenai kereta kerana saya tahu dia mahir mengenainya. Malah, saya ada minta tolong dia tempah kereta untuk saya tetapi saya yang akan membayarnya bukan dia. Namun, selepas uji pandu kenderaan tersebut, saya tidak jadi membelinya kerana merasakan kenderaan tersebut kecil berbanding kereta yang saya bawa sekarang.

    Kereta jenis apa yang Jejai tempah dan apakah jenis kenderaan yang digunakan Nora sekarang?

    Tak payahlah saya beritahu kereta apa yang ditempah Jejai itu. Sekarang saya memandu kenderaan Mercedes Benz ML.

    Jadi, jika bukan dengan Apek, Nora bercinta dengan siapa sekarang ini?

    Saya tidak terburu-buru ingin mencari jodoh. Malah, saya tidak mahu fikir lagi mengenai hubungan cinta. Apa yang penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya.

    Maaf bertanya. Fasha Sandha dengan Jejai khabarnya akan berkahwin sekitar bulan April ini di Jakarta, Indonesia. Apa komen Nora?

    Maaf, saya tak mahu komen mengenai mereka.

    Khabarnya hubungan Nora dengan bekas mertua juga begitu baik sehingga kini. Malah, wartawan dapat tahu Nora meraikan hari jadi bekas ibu mertua, Puan Sri Noor Ashikin Raja Abdullah hari ini (semalam)?

    Ya, saya meraikan harijadi ibu Jejai tadi (semalam) di Restoran Pegaga, Hulu Klang, Selangor. Hari jadi dia pada bulan Januari lalu tetapi saya meraikannya pada hari ini (semalam). Saya juga membawa ibu saya bersama-sama.

    Boleh Nora ceritakan mengenai perkembangan kerjaya terkini?

    Saya baru sahaja habis menjalani pengambaran telefilem Jujur Aku Dayus bersama pelakon Beto Kusyairi untuk slot Cerekarama 11 Februari ini. Memang sudah lama saya teringin berlakon di samping Beto dan peluang itu kini tiba. Selepas bercuti rehat dari 5 hingga 15 Februari ini saya akan ke lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya yang menggandingkan saya dengan pelakon Adi Putra. Alhamdulillah, tawaran lakonan datang tak putus-putus malah saya banyak menerima watak berat berbanding dulu yang lebih kepada watak-watak gadis comel dan periang.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Incoming search terms:

    Nashrin - Google Blog Search

    Nashrin - Google Blog Search


    Mencari Identiti Diri Yang Sebenarnya: <b>Nashrin</b> Percaya Pada Luka <b>...</b>

    Posted: 05 Feb 2012 07:17 PM PST


    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Benarkah pencarian mimpi ini
    hanyalah dongengan cinta
    dalam pertaruhan..

    Haruskah..
    pertemuan jiwa ini berakhir
    bersama airmata..

    Sepi yang menemani jiwa

    disaatku terluka
    bisakah aku mengenal cinta

    Aku..
    percaya pada takdir cinta kita
    yang telah terukir didasar jiwaku
    yang merindu..
    dirimu

    Namunku..
    bertanya padanya
    haruskahku percaya pada luka
    sebagai tanda kesetiaan cinta
    kasih kita….

    Sempurnakah lukisan
    cinta ini tanpa corak warna kasih
    lakaran suciku..

    Apakah coretan
    rintihan malam hanyalah mainan…
    cintamu…

    Sepi yang menemani jiwa
    disaatku terluka
    bisakah aku mengenal cinta
    Aku..
    percaya pada takdir cinta kita
    yang telah terukir didasar jiwaku
    yang merindu dirimu
    Namunku..
    bertanya padanya
    haruskahku percaya pada luka
    sebagai tanda kesetiaan cinta
    kasih kita….
    Kasih kita…
    kasih kita…
    kasih kita…
    Kasih kita….


    Kita dah penat taip. Apa lagi, korang komen jelah :-p

    6ixth Sense - Google Blog Search

    6ixth Sense - Google Blog Search


    <b>6ixth sense</b> hikayat cinta

    Posted: 16 Jan 2012 07:19 AM PST


    Utilizatorii autentificati pot posta comentarii la aceasta insemnare.
    Intra in contul tau!
       

    <b>6ixth Sense</b> ft Saujana – Penerang Hati | Stereomonoku

    Posted: 09 Jan 2012 01:26 AM PST



    New single fom 6ixth Sense ft Saujana – Penerang Hati.
    Music Video produced, directed and edited by Taugeh Pictures.
    P&C 2011 : Rumpun Records Sdn Bhd & Universal Music Malaysia Sdn Bhd

    Mencinta Mu terangkan jiwa
    Merindu Mu hatiku selalu
    Hanya diri Mu satu cintaku

    Ku akan mencinta Mu
    Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
    Kau terangi aku

    Engkau penjaga hatiku
    Pendamping jiwaku
    Cerahkan cintaku
    Cinta yang abadi

    Erul af - Google Blog Search

    Erul af - Google Blog Search


    Jangan Mudah Percaya Laman Blog | 2DayBlogger.Com

    Posted: 21 Jan 2012 05:15 PM PST

    Penulis blog Sensasi Selebriti, Budiey, menyarankan agar para peminat tidak mudah percaya 100 peratus dengan bahan berita yang dipaparkan bagi sesebuah entri di laman blog kerana ia mungkin boleh mengundang fitnah di kalangan orang yang tidak bersalah.

    Budiey berkata, ramai pembaca sekarang yang mudah percaya tentang entri penulisan sesebuah blog tanpa usul periksa, lebih-lebih lagi berkenaan dengan gosip dunia hiburan.

    "Di zaman alam maya ini, laman blog juga menjadi perhatian selain medium media cetak dan elektronik. Malah setiap kejadian yang berlaku dalam industri hiburan tempatan seperti berita kematian, penceraian mahupun kelahiran, hal itu begitu pantas tersebar.

    "Bagaimanapun, perlu diingat, tak semua laman blog meletakkan entri berita yang sahih kerana terdapat juga golongan yang menulis untuk menghentam.

    "Jadi, saya ingin menasihatkan kepada pembaca agar bijak menilai setiap entri yang dibaca," katanya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-5 blog budiey.com di kelab Zouk, di sini, Sabtu.

    Tambah Budiey lagi, dia juga berharap agar penulis blog yang tidak bertanggungjawab itu tidak menghentam para selebriti tanpa usul periksa atau mendapatkan bukti yang sahih.Sementara itu, mengenai majlis ulang tahun Budiey, seramai 150 pembaca terpilih diraikan dengan pelbagai acara yang menarik.

    Malah beberapa selebriti yang antaranya seperti Adira AF, Awi Rafael, Erul AF, Amanda Imani, Azri AF, Shila Amzah, Farawahida, Keroz dan Awandband turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan sebuah lagu pada majlis tersebut.

    Beritahu Budiey, dia gembira kerana laman blognya sudah mencapai hampir 10,000 jumlah pembaca dan mendapati, walaupun tidak memaparkan entri berbaur gosip, laman Sensasi Selebriti masih lagi menjadi tarikan.

    "Dalam blog ini, biasanya saya akan memasukkan entri seperti majlis-majlis pelancaran filem, muzik atau apa-apa yang berkaitan dengan selebriti tempatan negara.

    "Malah, penulisan mengenai program-program televisyen yang sedang atau bakal disiarkan juga dipaparkan. Alhamdulillah, blog kendalian saya ini mendapat sokongan yang bagus," ujarnya.

    Selain itu, acara yang dikendalikan oleh penyampai radio DJ Lin dan Azrul Zaidi itu turut membuatkan para pembaca blog tersebut tertunggu-tunggu untuk mendapatkan cabutan bertuah.

    this it how it goes :D: MGP

    Posted: 14 Feb 2012 09:16 AM PST

    ntah kenapa tetibe rasa nak post pasal ni . hee . macam yang korang semua tahu as a form five students mesti laa ada dinner bagai kan . yelaa senior year laa katakan :)  then macam sekolah lain , kiteorang pon ada buat dinner known as MGP ( Malam Gemala Puteri ) mesti laa semua orang rasa excited kan time ni . tipu laa kalau tak -.-"  HAHAAA

    macam macam preparation kiteorang buat sempena dinner ni . before dinner ni an korang boleh tengok laa ragam budak budak ni yang nak try baju laa (tengok okay ke tak) , try heels yang sesuai laa , try makeup laa and so on  :) yelaa semua orang mesti laa nak kelihatan PREFECT time dinner tuh nanti kan :p tak kan laa nak pakai serabai depan VVIP kan -.-" buat malu je nanti . hee

    aku ingat lagi time tuh cikgu ada bagi outing ! khas untuk beli barang utuk MGP :) seronok kott ! dapat outing semata mata untuk MGP . siapa tak sukaa kan ? dah nama pon outing kiteorang kena laa pakai baju outing kan dengan tudung sekolah sekali . wajibb tuh ! lepas tu kiteorang pergi laa mall . dekat situ kira ramai laa budak SESERI . semua sibuk nak cari barang masing masing . aku dengan membe aku nak beli heels lepastu kiteorang pilih laa mana yang berkenan kan . aku punya heels tak tinggi pon kira kira 5 inci je . time kiteorang tengah pilih pilih tuh mesti laa ada promoter yang layan kan . yang tak boleh blaa nya dyeorang (promoter) bersembang pasal kiteorang -.-" kalau slow takpe laa jugak an . ni tak , dah laa cakap kuat gilaa . aku pon terdengar . aku ingat lagi ayat dia "eh budak budak ni nak pergi mana sampai nak beli heels bagai ni , nak pergi clubbing eh" bapaks laaa weh ayat dyeorang . tau laa kiteorang pakai baju outing time tuh an . no wonder laa orang macam pandang peliks sikit . aku nak je cakap macam ni "eh abang oii kiteorang ada dinner mana main clubbing clubbing ni"

    lepas balik outing tu semua orang pon menunjukkan hasil masing masing :DD seronokk ! 

    dinner kiteorang tuh buat kat Hotel Mandarin Oriental , Kuala Lumpur . jyeah ! agak gempaks laa tempat dia . hahaa . tapi satu je yang aku tak dapat terima waiter dia semuaa banglaa kott weh ! dah laa aku dapat duduk area belakang pastu dyeorang (waiter) tuh kena diri kat belakang buat satu line . bila dyeorang dah bercakap memang serabut ahh kepala an -.-" tak tertahan rasanyaa . HAHAAA . time dinner tuh jugak ada perfomance antara artis yang ada time tu Erul AF , Haiza pastu sape ntah lagi  . like seriously aku tak tau pon Erul tuh budak AF. hari tu baru tau . Erul tuh an suka cakap gini . adusss aku tak ingat pulak word tuhh ! haihh . ada satu word korea tu . hadoyy . lupa pulaks  . kalau dah ingat nanti aku update okay . hee . okayyyy ! dah ingat dahh ! ni pon Darina yang ingatkan  LOL .dia suka cakap ni  annyonghsaeyo :)

    jyeah . itu sahaja deh . sayang korang ❤

    0 comments