Erra Fazira - Google Blog Search |
- Umie Aida dan <b>Erra Fazira</b> Bakal Rakam Single
- <b>Erra Fazira</b> di Pameran Best of Bridal Lifestyle Singapura | Sensasi <b>...</b>
- <b>Erra Fazira</b> Terkilan Dengan Salma
Umie Aida dan <b>Erra Fazira</b> Bakal Rakam Single Posted: 19 Jan 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Teks Oleh: zyzamani
Email: zyzamani22@gmail.com KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2012: Mahu bergandingan bersama dan menjadikan kolaborasi tersebut sebagai satu kenangan indah buat persahabatan mereka, jelas aktres jelita, Datin Paduka Umie Aida, dia dan Erra Fazira bakal merakamkan single duet tidak lama lagi. Merupakan kerjasama khas mereka berdua, kata Umie Aida, single tersebut juga akan dijadikan lagu tema untuk drama terbitan syarikat mereka, Frensis. "Saya akan merakamkan single duet bersama dia (Erra Fazira) tidak lama lagi. Kerjasama tersebut juga merupakan hadiah buat peminat kami selama ini. "Single itu juga akan dijadikan lagu tema buat drama terbitan syarikat kami kelak. InsyaAllah kami akan merakamkannya pada tahun ini cuma masanya saja yang belum boleh diberitahu lagi," katanya kepada portal murai.com.my. Mahu merahsiakan genre muzik yang bakal dirakamkan, Umie Aida berkata, aktiviti seninya tahun ini padat seperti tahun sebelumnya bagaimanapun berharap agar segala perancangan akan dapat dilaksanakan. Katanya, dia bakal memasuki lokasi penggambaran drama bersiri Kekasihku Seri Kepada Waris tidak lama lagi. "Ada banyak perancangan untuk tahun ini dan biarlah semuanya dirahsia lagi. Kalau diberitahu sekarang nanti tiada kejutan pula. Tetapi selepas ini, saya akan menjalani penggambaran drama bersiri Kekasihku Seru Kepada Waris," jelasnya lagi. Dalam pada itu, menurut Umie Aida, sempena tahun baru ini, dia berazam mahu melakukan aktiviti kemasyarakatan yang telah lama diidamkannya. "Kalau boleh, tahun ini saya mahu buat aktiviti yang bermanfaat dan boleh dikongsi bersama masyarakat. Saya mahu aktiviti itu kelak memberi kebaikan kepada semua pihak,"katanya penuh pengertian. |
<b>Erra Fazira</b> di Pameran Best of Bridal Lifestyle Singapura | Sensasi <b>...</b> Posted: 27 Jan 2012 06:03 PM PST Sekali sekala singgah bertandang di bumi Singapura, penyanyi Erra Fazira dikerumuni oleh ramai media di sana. Baru-baru ini, pada 21 Januari 2012, Erra Fazira telah dijemput untuk menghiburkan orang Singapura di Pameran Best of Bridal Lifestyle & Fiesta Indonesia 2012 di Singapura Expo. Oh ya, ini membuktikan Erra Fazira tidak pupus popularitinya. Malah, permintaan untuk persembahan semakin membuka pintu rezeki buat beliau. Semasa event ini, Erra Fazira turut bermurah hati menyumbang secara peribadi dan melelong barangan peribadi untuk sebahagian usaha mengumpul dana bagi pembangunan semula Masjid Al-Ansar di Bedok North. Membuktikan beliau memang suka buat amal secara dian-diam tanpa menghebohkan kepada media. Semoga rezeki Erra Fazira dimurahkan. Tags: Erra FaziraClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
<b>Erra Fazira</b> Terkilan Dengan Salma Posted: 26 Jan 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com KUALA LUMPUR, 26 JANUARI2012: Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira akui terkilan melihat perjalanan kerjaya nyanyian bekas protegenya dalam program realiti Mentor musim kelima, Salma atau Salmah A. Asis yang agak perlahan selepas menjuarai program tersebut. Malah, dia berkata Salma sepatutnya berjumpa dengan orang yang tepat untuk membawanya melangkah jauh serta mengatur kerjaya juga namanya yang sudah dibina sejak menjuarai Mentor musim kelima itu. "Selepas sahaja habis Mentor 5, saya ada menawarkan diri untuk membantunya serta menguruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun Salma menolak kerana mahu membawa haluan sendiri. "Tapi sehingga kini, saya agak kecewa apabila melihat keadaanya yang masih terumbang-ambing membawa haluan diri sendiri dalam bidang ini. "Sayang juga dengan nama yang telah ditempanya sebagai seorang juara. Bagi saya, juara bukanlah tiket untuk dia berjaya dalam bidang nyanyian kerana dia perlu banyak usaha lagi untuk kekal dalam indusrti ini. "Saya pasti dia boleh pergi jauh jika dia dapat berjumpa dan dibawa oleh orang yang benar-benar tahu mengenai selok-belok industri muzik ini. "Walau bagaimanapun, sebagai bekas mentornya saya masih lagi terbuka untuk membantu sekiranya dia meminta pertolongan daripada saya," katanya selepas sidang media Pilih Kasih 3, petang semalam. Selepas menjuarai Mentor 5, Salma membuat keputusan untuk tidak mengambil mana-mana pengurus untuk mengurus kerjayanya sebaliknya bergerak sendiri. Sungguh pun begitu, Erra Fazira masih berharap agar Salma lebih bijak mengatur kerjayanya dalam bidang nyanyian supaya dia berpeluang kekal lama dalam industri sebaris dengan artis realiti yang sudah berjaya lain. "Saya lihat Salma masih mencari identitinya sendiri. Saya takut dia tersalah memilih identiti atau genre muzik untuk dipersembahkan. "Saya tahu, dia sukakan muzik rock dan cuba untuk membawa identiti rock. Tapi sayang orang lebih suka melihatnya membawakan lagu pop dan balada. "Tidak salah memilih genre muzik yang kita suka. Tetapi apa yang penting untuk bertapak dalam industri muzik, pertama sekali dia perlulah mengutamakan kemahuan peminat pada waktu itu. "Bila kita sudah benar-benar dapat menempa nama dalam idusrti, barulah seseorang artis itu berpeluang untuk memilih muzik yang dia suka kerana waktu itu dia sudah ada pengikutnya sendiri," luah Erra Fazira lagi. Erra Fazira yang selesa bergerak sebagai juri bakal menjadi pembimbing dan juri untuk program realiti Pilih Kasih musim ketiga bersama penerbitanya, Rosyam Nor. |
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan