Nuffnang

Selasa, 14 Februari 2012

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


Jangan Mudah Percaya Laman Blog | 2DayBlogger.Com

Posted: 21 Jan 2012 05:15 PM PST

Penulis blog Sensasi Selebriti, Budiey, menyarankan agar para peminat tidak mudah percaya 100 peratus dengan bahan berita yang dipaparkan bagi sesebuah entri di laman blog kerana ia mungkin boleh mengundang fitnah di kalangan orang yang tidak bersalah.

Budiey berkata, ramai pembaca sekarang yang mudah percaya tentang entri penulisan sesebuah blog tanpa usul periksa, lebih-lebih lagi berkenaan dengan gosip dunia hiburan.

"Di zaman alam maya ini, laman blog juga menjadi perhatian selain medium media cetak dan elektronik. Malah setiap kejadian yang berlaku dalam industri hiburan tempatan seperti berita kematian, penceraian mahupun kelahiran, hal itu begitu pantas tersebar.

"Bagaimanapun, perlu diingat, tak semua laman blog meletakkan entri berita yang sahih kerana terdapat juga golongan yang menulis untuk menghentam.

"Jadi, saya ingin menasihatkan kepada pembaca agar bijak menilai setiap entri yang dibaca," katanya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-5 blog budiey.com di kelab Zouk, di sini, Sabtu.

Tambah Budiey lagi, dia juga berharap agar penulis blog yang tidak bertanggungjawab itu tidak menghentam para selebriti tanpa usul periksa atau mendapatkan bukti yang sahih.Sementara itu, mengenai majlis ulang tahun Budiey, seramai 150 pembaca terpilih diraikan dengan pelbagai acara yang menarik.

Malah beberapa selebriti yang antaranya seperti Adira AF, Awi Rafael, Erul AF, Amanda Imani, Azri AF, Shila Amzah, Farawahida, Keroz dan Awandband turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan sebuah lagu pada majlis tersebut.

Beritahu Budiey, dia gembira kerana laman blognya sudah mencapai hampir 10,000 jumlah pembaca dan mendapati, walaupun tidak memaparkan entri berbaur gosip, laman Sensasi Selebriti masih lagi menjadi tarikan.

"Dalam blog ini, biasanya saya akan memasukkan entri seperti majlis-majlis pelancaran filem, muzik atau apa-apa yang berkaitan dengan selebriti tempatan negara.

"Malah, penulisan mengenai program-program televisyen yang sedang atau bakal disiarkan juga dipaparkan. Alhamdulillah, blog kendalian saya ini mendapat sokongan yang bagus," ujarnya.

Selain itu, acara yang dikendalikan oleh penyampai radio DJ Lin dan Azrul Zaidi itu turut membuatkan para pembaca blog tersebut tertunggu-tunggu untuk mendapatkan cabutan bertuah.

this it how it goes :D: MGP

Posted: 14 Feb 2012 09:16 AM PST

ntah kenapa tetibe rasa nak post pasal ni . hee . macam yang korang semua tahu as a form five students mesti laa ada dinner bagai kan . yelaa senior year laa katakan :)  then macam sekolah lain , kiteorang pon ada buat dinner known as MGP ( Malam Gemala Puteri ) mesti laa semua orang rasa excited kan time ni . tipu laa kalau tak -.-"  HAHAAA

macam macam preparation kiteorang buat sempena dinner ni . before dinner ni an korang boleh tengok laa ragam budak budak ni yang nak try baju laa (tengok okay ke tak) , try heels yang sesuai laa , try makeup laa and so on  :) yelaa semua orang mesti laa nak kelihatan PREFECT time dinner tuh nanti kan :p tak kan laa nak pakai serabai depan VVIP kan -.-" buat malu je nanti . hee

aku ingat lagi time tuh cikgu ada bagi outing ! khas untuk beli barang utuk MGP :) seronok kott ! dapat outing semata mata untuk MGP . siapa tak sukaa kan ? dah nama pon outing kiteorang kena laa pakai baju outing kan dengan tudung sekolah sekali . wajibb tuh ! lepas tu kiteorang pergi laa mall . dekat situ kira ramai laa budak SESERI . semua sibuk nak cari barang masing masing . aku dengan membe aku nak beli heels lepastu kiteorang pilih laa mana yang berkenan kan . aku punya heels tak tinggi pon kira kira 5 inci je . time kiteorang tengah pilih pilih tuh mesti laa ada promoter yang layan kan . yang tak boleh blaa nya dyeorang (promoter) bersembang pasal kiteorang -.-" kalau slow takpe laa jugak an . ni tak , dah laa cakap kuat gilaa . aku pon terdengar . aku ingat lagi ayat dia "eh budak budak ni nak pergi mana sampai nak beli heels bagai ni , nak pergi clubbing eh" bapaks laaa weh ayat dyeorang . tau laa kiteorang pakai baju outing time tuh an . no wonder laa orang macam pandang peliks sikit . aku nak je cakap macam ni "eh abang oii kiteorang ada dinner mana main clubbing clubbing ni"

lepas balik outing tu semua orang pon menunjukkan hasil masing masing :DD seronokk ! 

dinner kiteorang tuh buat kat Hotel Mandarin Oriental , Kuala Lumpur . jyeah ! agak gempaks laa tempat dia . hahaa . tapi satu je yang aku tak dapat terima waiter dia semuaa banglaa kott weh ! dah laa aku dapat duduk area belakang pastu dyeorang (waiter) tuh kena diri kat belakang buat satu line . bila dyeorang dah bercakap memang serabut ahh kepala an -.-" tak tertahan rasanyaa . HAHAAA . time dinner tuh jugak ada perfomance antara artis yang ada time tu Erul AF , Haiza pastu sape ntah lagi  . like seriously aku tak tau pon Erul tuh budak AF. hari tu baru tau . Erul tuh an suka cakap gini . adusss aku tak ingat pulak word tuhh ! haihh . ada satu word korea tu . hadoyy . lupa pulaks  . kalau dah ingat nanti aku update okay . hee . okayyyy ! dah ingat dahh ! ni pon Darina yang ingatkan  LOL .dia suka cakap ni  annyonghsaeyo :)

jyeah . itu sahaja deh . sayang korang 

0 comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan