Nuffnang

Selasa, 14 Februari 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Pilih Kasih 3 - Fauziah Nawi Teruja, <b>Rosyam Nor</b> Kecewa.

Posted: 05 Feb 2012 02:58 PM PST

alt

 

Pentas Pilih Kasih Musim Ketiga (PK3) dengan persembahan yang memberansangkan dari kesemua 16 artis pada malam tadi. Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad turut bergema dengan sorakan dan sokongan para penonton yang hadir terhadap artis-artis kegemaran masing-masing.

 

alt

 

Reaksi sama dipuji beberapa peminat melalui laman sosial Twitter dan Facebook yang menjelaskan kesemua artis dilihat bersaing dan mempunyai bakat semulajadi yang mampu digilap untuk pamer dengan lebih berkesan pada Minggu seterusnya. Antara Persembahan yang mendapat perhatian adalah menerusi slot 'Teater' berjudul Maulud Di Andasuka yang bertemakan sambutan Maulidul Rasul.

 

alt

 

Namun reaksi berbeza diberikan terhadap Rosyam Nor pada sessi komen para juri tetap yang agak kecewa dengan beberapa elemen persembahan terutamanya monolog yang tidak mampu dihasilkan dengan lebih berkesan untuk dipersembahkan dengan gaya terbaik buat penonton. Kenyataan Rosyam itu juga merupakan hasil penelitian bersama gandingan 2 juri tetap iaitu Erra Fazira dan Umie Aida.

 

alt

 

Ketika ditemui, kesemua artis menjelaskan komen para juri telah memberi cabaran buat mereka lantas akan lebih bekerja keras agar bakat mereka dapat diasah dengan lebih berpotensi dengan gandingan tenaga pengajar berpengalaman besar dalam industri bidang lakonan.

 

Rosyam dalam sessi temuramah bersama wartawan KLpos baru-baru ini menjanjikan tiada sebarang penyingkiran bakal dilakukan pada Minggu Pertama bagi memberi peluang kepada para artis PK3 menonjolkan bakat dengan lebih bermutu pada Minggu berikutnya. [VIDEO DISINI]

 

alt

 

Mereka juga tidak menafikan bahawa komen yang diberikan dari salah seorang tenaga pengajar iaitu Fauziah Nawi juga memberi semangat baru buat kesemua 16 artis untuk tampil beraksi lebih cemerlang pada Minggu Kedua sebelum menghadapi penyingkiran pertama.

 

Pelakon berpengalaman meluas yang sinonim dengan gelaran 'Ibu Fauziah' itu membarisi tenaga pengajar PK 3 yang antara lainnya termasuklah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Erma Fatima dan Hamzah Tahir.

 

alt

Pentas PK 3 yang dihoskan Selebriti Reza Mohamad ini telah berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan dan juga disiarkan secara langsung di Stesen RTM TV2. 

 

Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 16 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI NAMA ARTIS dan hantar ke 33199.

 

 

Berikut merupakan persembahan kesemua 16 artis PK3 pada Minggu Pertama.

 

DRAMA

Tajuk : Konspirasi Cinta

MONOLOG

1.    Ai Iqmal – Selamat Tinggal
2.    Jalius Jaibin – Siapa
3.    Hakim Yazid – Tunggu
4.    Heri Aszmo – Tertinggal
5.    Fareth Agang – Sesat
6.    Nizen Ayob – Parah
7.    Yizee Ariff – Tak Sabar
8.    Airil Reffa – Lambaian
9.    Aada Zara – Baru Balik
10.    Naqia Nasution – Salah Gate
11.    Hiera Hasan – Memori Indah
12.    Miza Azura – Syukur
13.    Sura Sojangi – Hasrat
14.    Theera Alias – Bawa Bertenang
15.    Marina Jose – Hilang
16.    Reen Rahim - Hati   
 

TEATER

Tajuk : Maulud Di Andasuka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan