[unable to retrieve full-text content]Acara dihangatkan dengan persembahan Juara Akademi Fantasia 2011, Hazama dan vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia disusuli persembahan juara rancangan realiti Imam Muda Musim Kedua, ...
Browse > Home / General / Ahli akademik meriahkan Puisi Riong
KUALA LUMPUR: 09 Mac – Malam Puisi Riong anjuran bersama Berita Harian (BH) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kompleks Sukan UMP, Gambang, jam 8.30 malam ini bakal menggabungkan selebriti, pendeklamasi serta ahli akademik.
Pelawak, Sabri Yunus, berkata beliau akan mengekalkan penyampaian puisi secara jenaka pada Malam Puisi Riong itu, sekali gus menyuntik elemen hiburan yang menguji minda penonton.
"Saya akan menyampaikan puisi humor berjudul Mat Three Four yang mempunyai mesej bertepatan tema acara, iaitu 'Menjana Minda Mentransformasi Belia: Suara Hati Generasi Muda'," katanya, semalam.
Sementara itu Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim akan mendeklamasikan puisi Wasiat Perjuangan yang mengandungi pesanan kepada belia agar menjaga kehormatan diri dan keluarga serta membela nasib negara.
Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin bakal menyampaikan teromba Wahai Anak Muda yang menggunakan laras bahasa klasik dan kiasan dengan mengangkat persoalan akhlak, moral serta kepentingan berterima kasih kepada negara.
Malam Puisi Riong BH-UMP turut menampilkan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2004 dan 2005, Dr Zurinah Hassan dan Abdul Ghafar Ibrahim; juara rancangan realiti Imam Muda Musim Kedua, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza; Juara Akademi Fantasia 2011, Hazama; vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia serta penulis dan penyanyi lagu puisi, Wani Ardy.
Acara itu yang mendapat kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Wanita UMP (MATAHARI), akan dimeriahkan dengan deklamasi puisi oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMP (Akademik), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz serta Penolong Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni universiti berkenaan, Prof Dr Yuserrie Zainudin.
1. Tak taulah berapa ramai yang kenal dengan kugiran metal / hard rock yang berasal dari Pulau Singa ni. Zaman kegemilangan diorang, walaupun telah berlalu, tetapi tetap meninggalkan seribu kenangan manis kepada mereka yang pernah membesar dengan kumpulan ROCKERS.
2. Kumpulan ROCKERS, ramai yang tak kenal. Tapi bagi mereka yang kenal, pasti tak dapat nak lupakan sebab diorang ada "attitude". Zaman kegemilangan irama Rock dulu sekitar hujung tahun 80-an dan awal 90-an, memang ada ramai kugiran tapi tak ramai yang ada "attitude" macam kumpulan ROCKERS.
3. Aku ingat lagi, masa aku sekolah rendah sekitar darjah 6 tahun 1988, aku selalu dengar lagu "Memori", "Kekejaman", "Zaileha" dan "Kenangan Cinta Pertama" dari radio Singapura 94.2 FM. Aku zaman kecik-kecik dulu duduk kat Batu Pahat, Johor, memang selalu sangat layan radio dan tv Singapura.
4. Saat anak-anak muda lain yang seangkatan dengan aku mengalunkan bait-bait lirik dari "Intanku… Kesepian" oleh Wings, aku lebih suka menjerit "KEKEJAMAN! Manusia… Ooo… Ooo… Ooo… Ooo…" Memang aku kejam masa tuh! Wahahahaha!
5. Aku membesar dengan lagu-lagu kumpulan ROCKERS. Baik lagu yang meleleh… Mahupun yang keras… Album pertama diorang "Kekejaman" yang dirilis sekitar tahun 1988, memang sarat dengan lagu-lagu yang sukar ditandingi kekuatannya sampai sekarang. Susunan melodi, permainan instrumen muzik yang mantap, lirik yang mendatangkan kesan, dan tak lupa, variasi vokal Brader Joe aka Johan yang aku tabik sangat sampai sekarang. Vokal dia memang fleksibel. Boleh jadi lembut dan mendayu-dayu kalau bawak lagu jiwang, dan boleh jadi kasar dan bersemangat kalau bawak lagu ganaz! Solo gitar? Tak payah cakap laaa… Memang membunuh habis dalam album ni. Lagu yang paling unik ialah lagu "Zaileha". Lama sebelum kumpulan JINBARA bawak lagu-lagu rock melayu berunsurkan muzik padang pasir, kumpulan ROCKERS dah masukkan melodi padang pasir dalam lagu rock "Zaileha" diorang wooo…
6. Tahun 1989, kumpulan ROCKERS terus mengganaz dengan album kedua diorang bertajuk "Harakah". Nah… album kali ini lebih keras dan lebih pejal batunya (rock). Sudah mula ada lebih banyak unsur-unsur pengaruh Iron Maiden, Loudness dan kugiran-kugiran metal serta hard rock dunia lain di dalam bait-bait lagu ROCKERS dan ini menguatkan lagi landasan yang diorang buat. Lagu-lagu yang menjadi siulan macam "Harakah", "Kesedaran", "Terguris Kelukaan" dan "Rayuan Syaitan". Produksi yang dimasukkan dalam album "Harakah" agak berbeza berbanding album "Kekejaman". Bunyi yang keluar dari album "Harakah" agak lebih mentah (raw) dan menonjolkan jati rock yang sebenar! Zaman tu memang tak sah nak dengar lagu tanpa dengar album ni dulu. Aku ingat lagi aku sanggup pergi bandar Batu Pahat naik bas semata-mata nak beli keset tape original album "Harakah"… Hahaha!!! Seperti biasa, gabungan permainan instrumen muzik yang menonjolkan kepakaran masing-masing serta vokal unik Brader Joe membuatkan album "Harakah" sebagai salah sebuah album "hard-rock" melayu yang paling keras aku pernah dengar.
7. Tahun 1990. ROCKERS meneruskan serangan dengan sebuah album yang aku anggap adalah Magnum Opus diorang. Album ni boleh aku katakan sebagai masterpiece kumpulan ROCKERS sebab terlalu banyak pencapaian yang diorang buat. Susunan lagu bertambah matang, skil permainan instrumen muzik diorang dah sampai ketahap dewa. Vokal Brader Joe dah sukar untuk ditandingi… Dan paling penting, pada pendapat aku, produksi yang mantap. Betul beb!!! Kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh album ini memang payah nak ditandingi oleh mana-mana kugiran rock/metal Melayu baik dari Malaysia, Singapura, mahupun Indonesia. Aku anggap ini adalah satu pencapaian paling membanggakan untuk sebuah kugiran rock / heavy metal Melayu yang boleh mengeluarkan sebuah album berkualiti sebegini. Kematangan susunan lagu, serta penulisan lirik yang menyentuh isu-isu yang bertaraf global, serta kejituan halatuju album ni, memang gerek… Semua lagu dalam album ni memiliki kekuatan yang tersendiri dan seolah-olah menjadi bahagian-bahagian penting untuk membentuk satu album yang mantap. Dan dizaman kegemilangan album ini jugak kumpulan ROCKERS semakin dikenali sampaikan pernah memasuki TV3 menerusi rancangan Muzik-muzik, mempertandingkan lagu "Ilusi Mimpi". Inilah sebuah album "Heavy Metal" melayu paling berat aku pernah dengar. Inilah "Andalusia"…
8. ROCKERS tukar nama jadi ROCKERZ pada tahun 1991 disebabkan krisis yang melanda. Sempat melahirkan satu album berjudul "Dukun" tetapi dengan vokalis berbeza. Kualiti produksi amat menyedihkan… Walaupun lagu-lagu yang dirakamkan memiliki ciri-ciri rock kental yang menjadi identiti ROCKERS, tapi mereka tidak mampu untuk menahan zaman kejatuhan diorang. Biarlah kisah-kisah itu terkubur dan menjadi kenangan buat mereka yang pernah merasainya.
9. Memanglah banyak kugiran-kugiran melayu rock yang muncul zaman tu terutamanya dari Malaysia dan Singapura. Tapi yang bestnya, kugiran dari Singapura mesti secara keseluruhannya, boleh dikatakan, lebih berkualiti dari kugiran-kugiran yang berasal dari Malaysia. Cuba tengok Sweet Charity, tengok Black Dog Bone, Rusty Blade, dan ROCKERS. Kan?
10. Inilah antara kugiran Melayu aku paling minat dan tabik. R.O.K.E.R… ROCKERS!!!
haha.. sampai skang still ag lepak situ... bile ujung minggu, free2, cnfrm lepak sane... da mcm family da kumpulan jinbara tu ngan family kitorg.... best la... terbaaaeeeeeekkkk der~ (^_^)
MALAYSIA – BERITA21.COM: Pembuka tirai 2012 membuka peluang kepada Warner Music Malaysia, memasarkan album kompilasi terunggul yang memuatkan 23 lagu hit sepanjang tahun lalu.
Seramai 17 penyanyi popular tanahair, turut memantapkan album berjudul Hit Semata Mata Selamanya, yang sudah berada di pasaran, sejak awal tahun lalu.
Lagenda Raja Pop Jamal Abdillah, kumpulan Jinbara, Mirwana, Fiq, antara penyanyi sepanjang zaman yang menyumbangkan suara mereka untuk album ini.
Tidak ketinggalan nama-nama baru dalam industri muzik tanahair seperti Awi Rafael, Nashrin, Tom, Wana, kumpulan Taxi, AwanBand, Filsuf, Salam dan Altimet.
Lebih istimewa album ini mendapat kerjasama dengan Astro apabila barisan finalis Akademi Fantasia seperti Akim, Stacy, Shahir, Hazama, Hafiz, Fina, Lena dan Nera, membantu menjadikan album Hit Semata Mata Selamanya, menjadi tarikan peminat muzik tanah air.
Menariknya, album kali ini menampilkan lagu-lagu yang telahpun menduduki tangga pertama di beberapa carta radio tanahair. Antaranya lagu Kisah Dongeng, Cinta Teragung, Janji dan lagu Awan Nano, yang baru-baru ini dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu 26.
Tidak cukup dengan menggabungkan kesemua lagu-lagu yang menjadi pilihan peminat muzik tanah air, album ini turut menampilkan empat single hit yang masih belum boleh didapati dalam mana-mana album tetapi telah mendapat tempat di playlist di stesen-stesen radio tanahair.
Lagu berentak rock nyanyian Fiq dan Akim bertajuk Mesti Ada Cinta selain lagu tema perlawanan bola sepak berjudul Selamanya nyanyian Ultras Malaya yang menampilkan getar suara Altimet, Joe Flizzow dan Carleed serta single terbaru kolaborasi pertama antara Mirwana dan Altimet bertajuk Itu Ini Begitu Begini.
Bagi mereka yang tercari-cari lagu Malaysia Boy dendangan Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc dan Rabbit Mac, lagu ini juga turut dimuatkan dalam album ini!
Pelancaran album Hit Semata Mata Selamanya, diadakan di Hard Rick Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini dengan persembahan dari artis seperti Faris, vokalis AwanBand, Wana, Mirwana dan ramai lagi artis. Album ini wajib dimiliki oleh pencinta muzik tanahair! Dengan memuatkan 23 lagu, album ini tidak rugi memilikinya dengan harga hanya RM27.90 seunit!
Oleh ZAIN ZAA /WARTA PERDANA/HATTA SANIE/BERITA21.COM
Satu kenyataan laman web forum popular di Malaysia berceritakan penyanyi dan pelakon kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia 2 iaitu Adam AF bakal mengikut jejak langkah Ashraf Muslim sebagai pengamal perubatan Islam, Katanya Adam AF kini sedang bergiat mempelajari ilmu dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Petikan dari laman ADAMFCM
Kalau di'ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.
Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di'miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.
Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di'kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.
Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin'kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin.
Aku percaya Sedikit waktu Kan terbuka Hati yang kau bawa
Sambut tangan ku Biar ku bawa Kau ke tempat yang Tiada orang tahu
Ku kan menunggu bayangmu Berikan jawapan mu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali Maafkan segala perbuatan ku Kepada mu Ku pergi sendiri dan takkan kembali Teman aku buat kali terakhir Aku akan jatuh
Dunia hitam Keliling malam Kesejukan Menunggu panggilan
Ku kan menunggu bayangmu Berikan jawapanmu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali Maafkan segala perbuatan ku Kepadamu Ku pergi sendiri dan takkan kembali Teman aku buat kali terakhir Aku jatuh
Selagi kau berjaya Jangan kau lupa Segala yang telah kita lalu bersama Jeritan ke angkasa Selamatkan dia Selamatkan kita semua
Ku pergi sendiri dan takkan kembali Maafkan segala perbuatan ku Kepadamu Ku pergi sendiri dan takkan kembali Teman aku buat kali terakhir Aku telah jatuh
Rating: 6.0/10 (1 vote cast)
Lirik Lagu Jatuh - Bunkface, 6.0 out of 10 based on 1 rating
Aktor prolifik Faizal Hussein bakal melancarkan buku autobiografi pertamanya berjudul "Limelight" di KL Alternative Bookfest pada Sabtu (23 Jun) ini, jam 12 tengahari bertempat di Annexe, Central Market, Kuala Lumpur.
Pewaris legasi seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan seniwati Allahyarhamah Mahyoun Ismail yang terkenal dengan filem-filem seperti "Gila-Gila Remaha" (1985), "XX Ray" (1993), "Leftenan Adnan" (2000) dan terbaru "Bunohan" (2012) telah memulakan kariernya dalam bidang lakonan seawall usia lima tahun. Justeru segala pengalaman dan suka duka beliau bergelumang dalam industi sebagai anak seni dibukukan dalam "Limelight".
Autobiografi ini bakal menceritakan tentang profesionalisme, bagaimana kedua ibu bapanya mendidik anak-anak yang tidak pernah dikongsikan sepanjang hayat kedua-dua seniman dan seniwati itu. Malah pengalamannya berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang turut diselitkan dalam buku tersebut.
"Limelight" turut menaratifkan bagaimana aktor tersebut mengekalkan tahap profesionalisme sehingga sekarang untuk dikongsikan bersama sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam karier lakonan selain mahukan gambaran awal tentang amalan industri perfileman tanah air.
Selain autobiografi aktor 47 tahun ini, buku tulisan aktor "Aku, Kau & Dia", Pekin Ibrahim berjudul "Memoir Bukan Memoir" akan turut dilancarkan pada hari yang sama.
Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy telah membuka sebuah butik pakaian bersama kakaknya Shakira Idora. Nama butiknya "Rack" diambil sempena dengan simbol 2 cabang tanduk yang berbeza dan menjadi satu. Ini kerana Kila dan Shakira mempunya style dan fesyen yang berbeza. Dimana Kila lebih gemar akan fesyen warna-warna pastel dan elegan, manakala Shakira pula lebih gemarkan gaya yang rock dan ceria.
Terdapat juga beberapa rekaan pakaian dan kasut di butik Rack ini dihasilkan oleh Kilafairy dan Shakira sendiri. Selain itu, pakaian-pakaian yang terdapat di butik Rack ini diambil dari seluruh negara termasuk Australia dan London, dimana kesemua kualitinya dijamin dan harganya juga berpatutan.
Bagi peminat fesyen yang ingin mendapatkan pakaian dari Kilafairy dan Shakira, anda boleh kunjungi butik Rack yang bertempat di USJ 19 City Mall, Subang Jaya. Selamat berfesyen!