Nuffnang

Khamis, 22 Disember 2011

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Anak <b>Didie Alias</b> Dapat 8A Dalam PMR | Oh! Artis | Dunia Gosip dan <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2011 08:32 AM PST

rahsiarumah

eriesya

yoli4all

ammobiletopup

vimax

perfumeberry

bizzminded

cotton-online

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Fadzilah Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Didie Alias, 37 tahun merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia yang popular. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni lakon sejak tahun 1988. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca selepas menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Dengan wajah pan asiannya memang larislah di ketika itu.

Namun ketika popularitinya mula meningkat, Didie mengambil keputusan untuk berkahwin dengan aktor yang sangat popular ketika itu, Ridzuan Hashim pada tahun 1992. Akhirnya Didie terpaksa mengorbankan seketika kerjaya lakonannya untuk memberi perhatian kepada keluarga.

Pada tahun 2002, Didie dan Ridzuan memutuskan untuk bercerai dan Didie ketika itu merupakan ibu kepada 5 orang anak. Sejak itu Didie mula menjauhkan diri dari bidang seni ekoran sering ditanya mengenai punca penceraian pasangan artis yang popular itu. Beliau mengharungi zaman sukar – pernah tinggal di ceruk dapur rumah kawannya selepas bercerai, terpaksa menumpang di rumah kawannya yang sekadar menyewa bilik di apartment itu demi mencari rezeki dan meneruskan kehidupan sehingga dia berjaya mendapat jawatan sebagai Pegawai Pemasaran. Dengan gaji itulah Didie mula menyara anak-anaknya serta menabung untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Berusaha membesarkan anak-anak seramai lima orang iaitu Nurdania (lahir 1993), Mohd. Danial (1994), Dinie (1996), Danie (1998), dan Diana (1999), Didie bersama adiknya, Farah dan seorang rakan kongsi (Norisham Ismail) mengumpul modal sebanyak RM20,000 membuka syarikat Didie's Entertainment & Management pada 2003.

Sebagai pengendali dan pengacara majlis, Didie bukan sekadar dapat membesarkan anak-anak tetapi juga memiliki rumah sendiri. Kini penat lelah dan ketabahannya berhasil dan terubat apabila anak ketiganya. Nur Dinie Ridzuan, 15, merangkul 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya.

"Ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, saya sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A. Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik. Saya tidak nampak dia belajar 24 jam tetapi saya yakin dia menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.Saya tidak janjikan apa-apa pada dia dan dia juga hanya minta doa dari saya untuk berjaya cemerlang PMR ini.Sebagai ibu sudah tentu saya pantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademiknya dari semasa ke semasa."

Walaupun dia sibuk tetapi dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya hasil perkahwinan bersama Ridzuan Hashim. Didie sekarang sedang bahagia bersama suami barunya, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail selepas 7 tahun hidup solo. All the best kami ucapkan dan tahniah Didie Alias dan Nur Dinie.

OH ARTIS : DULU DIDIE NI MEMANG ANTARA ARTIS HOT. SEKARANG NI KELIHATAN AGAK KURUS PULA. TENTU BEKERJA KERAS YA DIDIE?

Full content generated by Get Full RSS.

TAHNIAH | ANAK <b>DIDIE ALIAS</b> DAPAT 8A DALAM PMR 2011 <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2011 07:00 PM PST

Number of View :839

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Didie Alias menganggap kejayaan anak ketiganya, Nur Dinie Ridzuan, 15, merangkul 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya.

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

"Ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, saya sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A.

"Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ditanya tentang kunci kejayaan anaknya, Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya.

"Saya tidak nampak dia belajar 24 jam tetapi saya yakin dia menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.

"Sebagai ibu sudah tentu saya pantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademiknya dari semasa ke semasa," ujarnya.

Sementara itu, jelas Didie dia masih belum merancang sebarang hadiah sebagai ganjaran atas kejayaan tersebut.

"Saya tidak janjikan apa-apa pada dia dan dia juga hanya minta doa dari saya untuk berjaya cemerlang PMR ini," katanya.

Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan