Nuffnang

Khamis, 22 Disember 2011

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » <b>Misha Omar</b> nafi kerjaya <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2011 06:11 PM PST

Penyanyi popular Misha Omar, 29, berkata pembabitannya secara aktif dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ini bukan disebabkan oleh karier nyanyian yang semakin merudum, seperti dakwaan segelintir pihak.Sebaliknya, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, berkata keputusan untuk mengembangkan bakat ke bidang lakonan adalah bertitik-tolak daripada keinginannya sendiri yang mahu mengimbangi kedua-dua cabang seni itu.

"Sebenarnya, saya mahu mencipta profil sebagai anak seni yang berkebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan. Memandangkan peluang itu sudah terbuka, mengapa tidak saya mencuba?

"Namun, itu tidak bermakna karier nyanyian saya berdepan kejatuhan atau merudum. Selepas lapan tahun menceburi bidang ini, karier nyanyian saya sudah berada pada tahapnya sendiri. Saya selesa dengan kedudukan itu," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Misha berkata kecenderungan untuk mendalami bidang lakonan khususnya cabang teater didorong oleh kepercayaan dan sokongan orang-orang terdekat yang mempercayai bakatnya.

"Ramai orang terdekat yang menyedarkan saya akan bakat dan potensi dalam bidang lakonan termasuklah guru lakonan juga pengarah teater, Rosminah Tahir.

"Mengapa harus saya bazirkan peluang dan kepercayaan itu? Sebab itu, saya akui aktif berlakon dalam beberapa produksi teater kebelakangan ini.

"Jadual nyanyian masih berjalan dengan baik dan padat, di mana hampir setiap minggu saya memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis tertentu dan korporat," katanya.

Ditanya tentang populariti dan kerjaya nyanyian yang dilihat kurang menyerlah, Misha berkata pada kedudukannya hari ini, senario berkenaan adalah sesuatu yang normal dan berlaku pada mana-mana artis senior.

"Pada kedudukan hari ini, saya tidak perlu lagi gusar untuk sentiasa berada di depan, menghiasi akhbar atau majalah. Hakikatnya, kita tidak perlu sentiasa berada di depan untuk menunjukkan kepada khalayak bahawa kita masih aktif.

"Saya lihat keadaan ini juga berlaku pada kebanyakan penyanyi senior lain di mana mereka terus aktif tetapi tidak perlu terlalu menonjol.

"Sudah tiba masanya saya memperoleh ilmu dalam cabang seni yang lain pula. Kini, saya gembira dan puasa kerana telah mencuba pelbagai bidang seni termasuk nyanyian, pengacaraan dan berlakon," katanya.

Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini turut mengakui akan muncul dengan album terbaru pada suku pertama tahun depan.

Selain filem Gerak Khas The Movie 2 dan Main-Main Cinta, Misha pernah membintangi teater muzikal Gamat (2008), Uda & Dara (2010), Muzikal Tun Mahathir 1 & 2 (2010, 2011), Mak Dara Nyonya (2011) dan terbaru, Monolog Solo: Gadis Yatim.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan