Fauzi Nawawi - Google Blog Search |
<b>Fauzi Nawawi</b> Ugut Saman Rotikaya.com ? | wootmedia.MY Posted: 20 Nov 2011 10:25 AM PST Berang dengan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, pelakon lelaki terkenal, Fauzi Nawawi nekad untuk mengenakan tindakan saman terhadap sebuah blog hiburan yang menyatakan beliau mempunyai 'kekasih gelap'. Dipercayai blog yang dimaksudkan oleh Fauzi ialah Rotikaya.com yang telah menyiarkan sebuah artikel secara eksklusif bertajuk 'Eksklusif: Fauzi Nawawi Kini Miliki Kekasih Simpanan, BBM Sebagai Bukti Skandal', pada 18 November lalu. Menafikan sekeras-kerasnya gossip tersebut, suami kepada aktres terkenal Lisdawati itu menyifatkan gossip tersebut sebagai fitnah melampau terhadap dirinya dan akan menegakkan kebenaran 'hingga ke lubang cacing'. "Itu bukan saya, saya akan saman laman gosip itu! "Walau apa cara sekalipun saya tetap akan membuat tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha menyebar gosip berunsur fitnah ini. Saya akan menegakkan kebenaran walau hingga ke lubang cacing!," kata Fauzi yang dipetik dari laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan. Mengulas mengenai "screenshot" Blackberry Messenger (BBM) yang dikatakan menjadi punca gosip tersebut, Fauzi memberitahu bahawa beliau telah melihat 'bukti' yang dimaksudkan Rotikaya.com itu dan menyatakan bahawa kandungan BBM itu tidak logik sama sekali. Selain itu, isterinya juga ketawa saja apabila diberitahu Fauzi mengenai gosip tersebut. "Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis 'Kak lis'. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. "Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja," katanya kepada laman blog hiburan berpengaruh, Gua.com.my. Menurutnya, ini bukanlah pertama kali dirinya dilanda gosip melampau sebegitu dan menegaskan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis atau menyaman blog tersebut sekiranya tidak memohon maaf kepadanya. "Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. "Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya," ujarnya kepada laman web yang sama. Sehingga kini, menurut tinjauan Mynewshub.my di Rotikaya.com menunjukkan bahawa laman blog tersebut belum lagi memohon maaf secara terbuka kepada Fauzi dan artikel tersebut masih lagi boleh dilayari di alamat http://www.rotikaya.com/ Bagaimanapun, artikel tersebut turut menyertakan tanda soal (?) pada tajuk artikel tersebut yang menandakan bahawa gosip tersebut hanyalah sebagai satu persoalan yang perlu dijawab. - mynewshub Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Fauzi Nawawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan