Nuffnang

Sabtu, 24 Disember 2011

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


“Keluarga Terima baik Hubungan Saya Dan <b>Shila Amzah</b> <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2011 10:22 PM PST

Kalau sebelum ini kita sudahpun mendapat respon gosip Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad Bercinta daripada si dara pujaan ramai, Shila Amzah berhubung status hubungannya dengan jejaka berbadan sasa yang semakin meningkat naik, Sharnaaz Ahmad.

Kali ini OHBULAN! berjaya mendapatkan respon aktor drama 'Kasih Alia' ini yang ditemui di majlis pelancaran drama 'Bicara Hati di Ampwalk, petang semalam.

"Saya mula berkawan rapat dengan Shila selepas terlibat dalam klip video, 'Patah Seribu', Saya mengakui tertarik dan selesa berkawan rapat dengan dia (Shila Amzah) kerana dia memiliki ciri-ciri wanita idaman yang layak dijadikan calon isteri,"

"Apa yang membuatkan saya selesa berkawan dengannya, adalah kerana Shila ini memiliki kriteria 'gila-gila' yang lebih kurang sama dengannya namun dalam masa yang sama seorang yang fokus dan mempunyai perancangan masa hadapan,"

"Walaupun berada di bidang yang berbeza, namun matlamat kami adalah sama. Apabila saya bercerita tentang keterujaan saya dalam lakonan, dia pula berkongsi cerita tentang kerjayanya dan itu yang membuatkan kami lagi serasi bersama. Selain itu juga saya kagum dengan cara didikan Shila yang sangat mementingkan kekeluargaan, " tutur Sharnaaz lagi.

Menurut Sharnaaz, masih terlalu awal untuk menjalinkan hubungan cinta kerana baik dirinya dan Shila masing-masing punya matlamat sendiri dalam mengejar cita-cita.

"Alhamdulillah, Hubungan rapat kami diterima baik dan direstui kedua-dua pihak keluarga kami. Tapi hubungan kami belum sampai ke tahap bercinta lagi,"

"Apalagi Shila masih muda dan semestinya banyak perkara yang perlu dia laksanakan untuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya itu," ujar aktor berusia 26 tahun ini diiringi senyuman penuh makna.

Jelas Sharnaaz lagi, meskipun berkawan rapat dengan Shila, dia mengakui belum pernah keluar berdua-duaan dengan Shila sebaliknya jika keluar bersama anak gadis penyanyi ND Lala itu, mereka sering ditemani ibu atau salah seorang daripada keluarga Shila.

Menyentuh tentang perkembangan kariernya, terbaru Sharnaaz akan bergandingan bersama christina Suzanne, Marsha londoh dan Lash Mokhtar menerusi sbuah drama adaptasi daripada sebuah novel, 'Bicara Hati' arahan pengarah filem 'Ombak Rindu', Osman Ali yang kini masih dalam penggambaran.

Drama 26 episod yang akan bersiaran setiap hari Selasa, 9 malam mulai 3 Januari depan di saluran Astro Prima (105) mengisahkan tentang kisah cinta dua insan yang terjalin kerana wang dan kuasa di mana Tengku Shahran (Sharnaaz) terpaksa mengahwini Zahlia (Christina) secara kontrak.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan