Nuffnang

Sabtu, 24 Disember 2011

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Lisa Surihani dan Yusry Umum Tarikh Nikah ~ PENYAMUN!!!!

Posted: 22 Dec 2011 05:31 PM PST


Umum dah tahu yang mereka ini sedang hangat bercinta dan Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.Pihak Astro juga dikatakan sudah mendapat hak milik penuh siaran live persandingan perkahwinan LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU nanti.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixPsksoM__Ow-XDuu136Tm9fkpGYq-cmKjZWRLq9_etH0phqhBLdl6TQ45eXoAkCS9H5CALAaeowIbMpv8cG1fnkVSVkQDUCdFrPIlzeeYtvI_vIUgPVdBM-JZadzyMJ-8hKNAit_sKhyw/s1600/lisa+yusry.jpg
Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.
"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan