Nuffnang

Sabtu, 24 Disember 2011

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Shaheizy Sam</b>: “Songlap <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2011 12:00 AM PST

Gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem 24 (FFM24), memang layak diberikan kepada pelakon Shaheizy Sam. Melihat mutu persembahan lakonannya dalam filem terbaru beliau iaitu "Songlap", Sam memang membuktikan dirinya seorang pelakon yang versatil.

Sentiasa menambat hati dan emosi penonton dalam setiap filem yang dilakonkan olehnya. Tidak terkecuali dalam "Songlap", Sam menonjolkan satu lagi karakter lakonan yang mantap dan mengagumkan. Memegang peranan sebagai Am, Sam menyatakan pengalaman bekerja dibawah arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, sebagai satu pengalaman yang sangat berbeza dan seronok.

"Setiap pengarah mempunyai cara kerja yang berbeza. Bila Sam berkerja dengan pengarah yang berbeza dan persekitaran yang baru pastinya ia akan memberikan satu pengalaman yang baru. Setiap pergerakan Sam dijaga oleh jurulatih lakonan untuk membantu Sam mendapatkan apa yang dimahukan oleh pengarah," ujar Sam.

 Ditanya tentang cabaran yang dilalui, Sam menjawab, "Setiap adegan ada cabarannya. Sam harus membawakan imaginasi Sam untuk merealisasikan realiti atau watak yang diingini oleh pengarah. Terutama sekali bila berada di persekitaran yang baru dengan pengarah yang pertama kali Sam berkerja. Ia menjadikan setiap adegan menjadi agak sukar untuk dilakukan dan untuk mendapatkan apa yang dimahukan oleh pengarah."  

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5juta ini, turut dibintangi oleh Sara Ali, Omar Abdullah, Norman Damanhuri, Hasnul Rahmat, Fared Ayam, Rozie Rashid dan ramai lagi.   

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan